hit me :)

Followers

Saturday, February 5, 2011

tok saya

fakta~

penyakit Alzheimer ataupun dalam bahasa melayu dipanggil 'nyanyuk' selalu kita dengar kerap berlaku dalam kalangan warga emas. penyakit ni macam lupa ingatan jugak la. kalo nak lebih paham, korang try check wikipidea. maksud yang sejelas-jelasnya akan diterangkan disitu. =)
korang mesti pelik kan tetiba ja blog aku ni jadi blog info kesihatan. hihi.=p

actually, aku nak cerita tok aku (kadang kadang orang panggil nenek) tak terkecuali menghidap penyakit nie. kebelakangan ni , penyakit ni makin teruk pulak aku rasa. sedih sangat2, tok yang dulunya sihat sihat, memasak untuk aku time aku sekolah petang  n  mak aku sekolah pagi dulu dah jadi macam nie. i mean terkena penyakit alzheimer ni.

oke~
ada la bukti bukti yang kukuh yang aku boleh share dengan korang. adik aku, alip mengaji dekat kajang. so, time cuti raya cina ni dia balik la, cuti seminggu. dia balik hari jumaat minggu lepas (28 jan 2011). kira lebih kurang seminggu la kan adik aku dah balik. bermaksud lebih kurang seminggu jugak la adik aku ni dok ulang alik ke rumah tok aku, means dok jumpa tok aku ni tiap hari . (rumah aku n rumah tok aku bersebelahan ja).
tiba-tiba (unsur saspen =p), pagi tadi tok aku boleh pi tanya kat mak aku, "bila alip balik". padahal tiap hari alip dok jumpa dengan dia. n lagi satu, dia tanya mak aku, aku balik tak cuti nie. n tetiba aku pon menjerit la dari dalam bilik aku, "kak ina balik, tok". =.="
dia lupa setiap hari aku dok pi jumpa dia, sembang ngan dia. makan dengan dia. huhuhu. sedih kan?

tadi pulak, aku n family pi makan kenduri. tok n tokwan aku pon ikut jugak. depa naik kereta dengan makcik aku. kira kami pi 2 buah biji kereta la kan. tanpa diduga (ecece, poyo! =p), tok aku tanya aku, "tokwan mai ka kenduri ni??". aku pon kata "tokwan mai la, tadi kan dia naik kereta makcik dengan tok, tok lupa ka?"..  dia cakap dia lupa. huhu. cuba bayangkan, tak sampai pon sejam tokwan aku naik kereta dengan dia, dia dah lupa pasal tu. makin teruk kan?? =(

so, aku tak kisah la untuk menjawab segala pertanyaan dia. walaupon berpuluh2 kali dia akan tanya soalan yang sama kat aku. sebab aku tau dia lupa. n aku tau, aku pon nanti mungkin akan jadi macam tok aku kalo aku tua nanti. kalau aku meluat nak layan kerenah tok aku, nanti cucu cucu aku akan berasa yang sama time melayan aku nanti. semua daripada kita akan tua. kita taktau nasib kita macam mana di hari tua nanti. kan? ^^

aku berdoa sangat2 moga moga tok aku pulih macam dulu. (walaupon aku tau penyakit ni mungkin takdak ubatnya ^^)
aku sedih tengok tok aku macam tu. huhu. 



tok aku yang ujung tu.. =)


oke. aku nak keluar jap. tata. salam :D


2 comments:

erniemusliana said...

pleassseee tuka font. hahaha. wehh siyes tok ko?

nifyna said...

yup2. sedih kan? =(. weh. tulisan nie x jelas ek?