hit me :)

Followers

Friday, February 18, 2011

day 5 : a picture about something you want to do before you die

salam semua


hari ni terasa nak sambung 30 things in 30 days challenge. tapi nak buat ikut suka hati aku boleh tak? tak nak ikut turutan hari yang dia bagi tu. haha
aku nak buat hari ke lima. a picture about something you want to do before you die. bukan buang tabiat yer. saja saja kebosanan dan aku tengok tajuk nie menarik je. heee :D



di sebabkan aku nie student yang sangat cintakan usm. aku kalau boleh nak habiskan tempoh pengajian aku dengan jayanya kat usm nie. nak grad la senang citer. yela kan. sapa taknak grad. dah penat penat belajar, berusaha bersungguh sungguh. so, rewards yang kita nak adalah memegang segulung ijazah. moga moga tercapai cita cita nak grad dengan cemerlang kat usm dalam bachelor of education. insyaALLAH :)




 alahai. comey sungguh eh . tak sabau pulak nak grad :)
(biar esemen tak setel setel lagi =p)




nanti nak baling topi tu gitu. boleh dop? =p



aku nak grad lambat lagi. kalau ikut seperti yang di tetapkan lagi 2 tahun baru tamat pengajian kat usm nie. incik kekasih aku lagi satu tahun, dia tinggal aku dulu.=(
banyak lagi yang perlu aku belajar untuk jadi cikgu yang betol betol cemerlang neh. haih. cuak jugak la. apa kau ingat senang ke? nak jadi cikgu, ilmu yang ada perlu melebihi ilmu pelajar pelajar kita. nanti kang tak pasal pasal bila student tanya kau soalan, kau dok tersengih sengih depan tu tak tau nak jawab apa. buat malu aku je. haha. so, untuk dapat hasil yang baik, pengorbanan masa sekarang pon kenalah sehabis baik. kena 'power rangers' jugak ok? =p



the next things, bila dah belajar separuh gila.(tak gila lagi oke? =p) mestila nak tengok hasilnya kan. aku nak jadi cikgu. teringin nak berada kat depan kelas mengajar orang. sebelum ni kan kita dok je kat kerusi, sebagai students. hehehe. padahal kalo kena presentation kat depan kelas pon cuak nak berak mati =p. takpa. belajar dari pengalaman. dan pengalaman akan mematangkan. insyaALLAH.
tak sabar nak kerja sebab nak happy kan mak abah. nak bagi diorang merasa duit aku pulak. selalu aku ja dok pau duit depa. al maklumla. pak angkat ptpn tak bagi banyak pon duit. tolak yuran, tolak duit nak makan, duit untuk entertainment lagi, tinggal berapa ja kan. ciput je. =p. so, moga termakbul doa untuk bahagiakan mak dan abah selepas aku kerja nanti. ni pon salah satu benda yang aku nak buat. doa doakan ok. amin. :)



 konon konon aku nanti macam tu la kan. kompem comel je. wahaha :P


owh. :D



 yang pasti, aku bukan jenis yang macam nie :)



laaa... aku lupa. benda ni paling tak sabar. wakaka. nak kawen. hehehe. jangan la dok mengata aku, kau pon nak kawen kan? sunnah Nabi kan? hehehe. doakan aku ada jodoh dengan dia. dengan ikhwan hanif bin ismail :) walaupon aku tau kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan. cuma tak salah kan kita berusaha untuk mencari pasangan kita. tak salah kan berdoa hubungan kita kekal sampai syurga? :)
ALLAH tahu mana yang terbaik untuk kita. kita hanya mampu berdoa. mari sama sama doakan kebahagiaan kita. doakan dialah (pasangan masing masing la k) jodoh kita yang terakhir. amin. :)
haaa. nanti aku kawin aku jemput korang k. wahaha. nak jugak tu kan. hihi ^^


comel kan? tapi aku dan pasangan, incik kekasih  comel lagi. =)



selepas kawen mestilah nak menimang cahaya mata kan. sebagai penyambung zuriat kita kat muka bumi nie. aku pon tak terkecuali impikan yang sama.:)
so, aku tak ada idea kenapa ada binatang orang yang sanggup mendera anak sendiri dan membuang baby sendiri. huhu. tak ada perasaan ka depa nie?. ke depa nie memang bukan orang?. so, paham paham sendiri je la , bahasa yang sesuai untuk orang orang macam ni. tak sanggup nak kata. huhuhu. sedangkan binatang pon sayang anak. 


nampak hepi sangat sangat kan? :)
(aku nak macam ni jugak :D)



comelnyaaaaaaaaaaaaaaaa :D
geram sangat sangat tengok. hehe
(aku pinjam curi pic nie dari fb kawan :P)



oke. tempat yang aku nak pergi pulak semestinya nak mngerjakan haji di Mekkah. semua umat Islam tak terkecuali teringin nak pergi sana. beribadah, menghambakan diri kepada ALLAH s.w.t.
aku pn sama. kalau mampu aku nak pergi buat haji dengan mak abah. dengan family la kiranya. time ni kalau aku da kawen, nak pergi dengan suami jugak. :) sebab mak abah aku pon belum pergi. insyaALLAH. moga niat yang baik disertakan usaha untuk mengumpul duit nanti sampai jugak ke sana. :) so, sapa sapa yang akan ke Mekkah, doakan kami yang belum menjejakkan kaki ke sana ni untuk mampu dan berkesempatan jugak ke sana. insyaALLAH. :)


ALLAH MAHA BESAR



selain dari tu??
ohoh. banyak sangat sangat benda yang aku nak buat. ni antara yang penting ja la yang aku nak buat. hehehe. oke. last la ni. aku nak melancong serata dunia. boleh ke eh? hehe. aku nak tengok keindahan dunia ciptaan ALLAH. nak tengok semua tempat yang menarik yang ada kat dunia ni. :)
antaranya termasuklah :)



 nak pi main salji kat situ dgn incik kekasih =p



 nak tengok eiffel tour dgn mata kepala sendiri. :)



nak tengok taj mahal. saksi kisah cinta yang hebat :)




oke. dah tak larat nak upload walaupon ada banyak lagi. hehe. 
ok. tata! :D

Thursday, February 17, 2011

time running away :P

masa itu emas
masa sangat berharga
masa tak boleh berputar balik
masa tak boleh dijual beli


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



sama je semua tu. masa sangat BERHARGA! apa yang berlaku saat ni, hari nie takkan berlaku lagi untuk saat saat yang lain. kau buat lah macamana pon. still tak dapat semula masa yang kau dah gunakan tu. means kau tak akan dapat balik memory yang lepas lepas. sekaya mana pon kau, sehebat mana pon kau, kau tak mampu nak beli masa. its PRICELESS.




ape kau ingat dunia kita macam doremon ke?? boleh putar balik masa? kalau lah dunia kita macam tu. kau tau apa aku nak buat? aku nak putar balik masa time zaman budak budak dulu, zaman berhingusan tu. sebab time tu tak dak langsung masalah yang aku kena hadapi. aku just main masak masak, main kawen kawen ja. and dapat anak. mudah je. haha! best kan? ^^ aku nanges ja kalau nak apa apa , mesti dapat benda tu. selagi mak abah mampu nak beli la. kalau lapar, nanges jugak. nanti mak bagi la susu. :D kalau mengantok pon, buat benda yang sama. nanges. nanti mak dodoikan tidor. senang kan hidup time tu. nanges ja. tade buat benda lain pon. :) haih. syioknya dapat kembali pada zaman tu. :D




tapi kalau aku tak dapat putar  masa balik ke zaman silam, cuma dapat percepatkan masa ke masa depan pon oke gak la. aku nak cepat cepat kan masa ke umur 25. time tu mesti aku dah kerja. dah jadi cikgu. n mungkin time tu aku dah kawen. yang nie paling best. nak kawen. haha =p aku boleh skip masa pengajian aku kat usm ni. tension dowh belajar. alahai. sekarang baru sedar yer puan farina? =.=" dulu, time zaman sekolah menengah, sekolah rendah  pantang ada lawatan melawat universiti, mesti kau nak ikut. konon tak sabar nak masuk U la. ni da masuk, merungut pulak. apecer?? =.=" 
dulu aku taktau la weh, kalau tau life kat u sebusy neh, kompem pikir banyak kali gak nak melawat U. =)
ala. kau cakap aku. apa kau ingat aku taktau kau pon 2X5 ja dengan aku. excited nak masuk melawat U time kau kanak kanak ribena dulu. kan? ^^




tapi sayangnya dunia kita bukan dunia doremon. dunia kita tak ada jual poket serba guna, tak ada pintu ajaib dan yang paling penting. kita tak ada mesin putarkan masa. apa yang berlaku akan menjadi sejarah buat kita. dan apa yang akan berlaku merupakan masa depan kita. kita dapat mengubah masa depan kita dengan usaha yang dilakukan. semakin banyak pengorbanan, atau usaha yang kau lakukan, semakin  cerah masa depan yang bakal kau peroleh. percaya cakap aku. kejayaan tak akan datang bergolek. kejayaan tak akan jatuh dari atas langit. taik burung boleh la.=.="  




life aku kat USM lately? busy dengan asignment dan test. yup. i am so tired with all this. tapi aku akan teruskan perjuangan kat USM nie. nie masa depan aku. ecece =p
kau pon sama. jangan mudah berputus asa oke? ^^




jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini penuh dengan masalah.sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ianya menjadi lebih baik. :)






dalam kesibukan belajar, kena ada jugak masa untuk have fun. kalau tak akan jadi gila. yes! do trust me =)
tadi, incik kekasih ajak keluar beli jam beliau. aku dengan senang hati temankan.sebab niat di hati nak cari jugak seketol jam untuk aku.yes. dapat. thank you kekasih sayang :D



boyfie and girlfie =)





p/s: moga selepas ini, aku sentiasa datang awal ke kuliah. =)

Tuesday, February 15, 2011

no to 14, yes to 15

salam maulidur rasul untuk semua :)


valentine?? no!

tak payah nak berpura pura romantik la kalau setakat sehari je kau boleh romantik dengan kekasih kau. hari valentine ni.tapi hakikatnya hari hari lain tak macam tu pon kan. betol tak apa yang aku cakap? kalau la reason kau sambut valentine nak menghargai kekasih kau. kau silap. sebab kalau aku kan, aku akan pikir takkan sehari ni je kekasih aku nak hargai aku. tak musykil ke?? ish3. aku akan rasa sedih. tapi aku tak tau la kalau kau pikir lain. :P  aku kesian betol la kat kekasih kau, dia dapat layanan istimewa daripada kau time hari kekasih tu je. dapat hadiah time tu je. aku pelik la kan. kenapa yang kau tergedik gedik nak sambut valentine tu. apasal? nak buktikan kau romantik? kau perfect lover? ouhhh. setakat sehari je ta payahlah. tak gentleman weh. tak gentlewoman pon. aku jeles?  rediculous! aku dapat hadiah selalu je. tak payah nak tunggu 14 feb pon. so, takde masa aku nak dengki dengan kau sebab dapat hadiah daripada kekasih kau yang konon konon romantik tu. terserah kau la kan. kau boleh pikir mana baik n mana buruk. aku bukannya rugi sesen pon. thats ur life. not mine. :D


oke~ mukadimah je tu. 
sebenarnya semalam aku ada group discussion.aku balik agak lambat la dalam pukul 12 baru balik. aku discuss kat tempat terbuka jugak la. so, dapat la ushar segala macam gelagat manusia kat situ. berlambak lambak couple dok berdating weh. hadiah tok sah dok cakap la, ada yang aku nampak pegang bunga, coklat, bear. ala. standard hadiah hadiah untuk kekasih la kan. semua bangsa ada. melayu, cina. india je aku tak terserempak semalam. tapi for sure la kat tempat lain ada. pelik betol aku, time pukul 12 tu baru la depa depa ni tergedik gedik  nak keluar. oi! da lewat malam kot. nak buat ape haaa? haha =p
lantak kau la kan. none of my bussiness pon. =p


pastu aku ada la blog walking jap. bersepah dok cerita pasal valentine day depa. dok cerita sweet valentine day that ever had la.ohoh. macam macam la kau. kalau yang rajin dok blog walking tu mesti tau. banyak post pasal nie.


hari nie maulidur rasul. boleh tak kita kita say no to 14 but say yes to 15??? umat islam berdosa dok sambut valentine valentine nie.biar je la depa depa yang sambut. kita tak yah la. lagipon, aku rasa la kan kau akan menjadi lebih gentleman kalau romantik not just in one day. romantik la all the time. sejuk je hati pasangan masing masing dengan perangai korang. mesti kekasih kekasih korang akan lebih bangga kekasih depa hargai mereka sepanjang masa dan bukannya hanya satu hari.







oke! tu je kot. malas nak mengarut panjang panjang. btw, its up to you nak decide macamana. ni pendapat aku ja. jangan dok blame aku pasni dah la. depend kat diri masing masing la k. dah besar panjang pon kan? =)