hit me :)

Followers

Sunday, August 5, 2018

Tips dan Bajet ke Perth, Australia

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. 😊

Hari ni rasa nak update blog cerita tentang last year trip ke Perth, Australia. Kami pergi berempat, dua couple. Aku and my husband, my friend dengan her husband.  Okay, aku cerita dulu tentang perbelanjaan keseluruhan untuk dua orang sahaja (aku dan suami) so, semua harga yang tertera merupakan kos 2 person eh. So kalau nak tau kos untuk seorang sahaja berapa, bahagi sendiri la ye πŸ˜…

-aku sarankan kalau nak lebih jimat , share perbelanjaan dengan kawan. A group of four is the best. Boleh sewa 1 rumah dan sewa 1 kereta sahaja. So dapat jimat banyak la.

Kos BERDUA(kos per COUPLE)

🌷 Tiket flight pen - kul - pen (beli last minit tu mahai😭😭😭) : RM 525.18
🌷 Tiket flight KUL - PERTH - KUL (termasuk bagasi dan makanan) : RM1401
🌷 Travel insurans AIG (tak boleh guna yang kerajaan sbb dah guna masa g Mekah pada pertengahan 2017 hari tu) : RM140
🌷 VISA : RM40
🌷 CAR RENTAL utk 5 hari : AUD147.25
🌷 HOMESTAY, dekat dengan bandar Perth (5 hari) : RM814.08
🌷 minyak kereta : AUD 53.2
🌷 Barang dapur : AUD 45.97

Flight dari Penang ke Kuala Lumpur return dan flight dari Kuala Lumpur ke Perth return both flight Air Asia. Sebab masa beli airline tu sahaja yang ada sale 😊 kami beli tiket flight KUL - PERTH awal jugak la, dalam 8 bulan sebelum penerbangan. Memang murah sgt masa beli ni, return untuk dua orang 500 lebih sahaja. Masa ni duit cukup-cukup untuk beli tiket return berdua tanpa makanan dan bagasi. So kami add on kemudian lah bagasi dan makanan ke sana.

(tips: jangan keluarkan duit seketoi nak beli flight, penginapan, transport semua tu sekaligus. Buat step by step. Mula sekali beli tiket flight ja dulu. Then bulan seterusnya sewa penginapan pula, bulan seterusnya sewa kereta pulak and so on. So memang tak terasa sangat la kos nak pergi sana)

Kami pergi 5-9 Disember 2017, masa ni sebenarnya early summer di australia. Suhu tak terlalu panas atau sejuk sangat. So pakaian biasa je la, pakaian harian macam dok di malaysia. Masa ni lalat dah start ada dah kat sana especially kat kawasan tepi laut. Tak tau la kenapa tapi memang sebelum pergi pon dah baca kat blog, summer di australia banyak lalat. Haha tapi dont worry. Takde bau busuk apa pon okay πŸ˜†


3 bulan sebelum penerbangan, kami cari homestay untuk di sewa, sewa melalui website airbnb. Tuan rumah nama Allan. Rumah dia sangat selesa dan cantik,sesuai lah untuk berempat(2couple) sebab ada dua bilik. Sepanjang kat sana takde jumpa Allan pon, sebab masa sampai tu kami self check in. Dia tinggalkan kunci dalam peti depan rumah dia (kami sampai sana baru dia bagi tau password peti tu). Penginapan yang kami sewa tu terletak di area perumahan Highgate. Dekat dengan bandar jugak. So memang senang la kami nak keluar bergerak lepak kat bandar malam-malam. Haha


Kereta pula, kami sewa dengan syarikat kereta ARIES CAR RENTAL , owner dia orang Malaysia, kalau tak silap Chinese Johor. So basically, senang je nak sewa ni. Just pergi di website aries tu, pilih kereta yang nak (pilih yang sesuai dengan bilangan traveller). Disebabkan kami pergi berempat, barang pon agak banyak. So kami saja pilih kereta sedan yang bonet besar. Boleh sumbat bagasi yang banyakπŸ˜…
kami sewa kereta jenis hyundai accent auto
Btw, kita boleh pilih sendiri nak pickup kereta dan drop off kereta di mana. So memang senang la.

Nak sewa kereta ni tak kisah nak guna debit kad atau kredit kad. Kami guna debit kad je. Dia akan potong siap-siap harga untuk sewa kereta 1 hari. Ni dikira booking la. Baki pulak dia akan potong daripada debit kad 7 hari sebelum fly. So , make sure nanti ada duit la dalam debit kad tu. Hehe
Sebelum nak booking tu make sure kita pergi ke atm dan aktifkan pengeluaran duit di luar negara, so nanti syarikat kereta boleh potong duit kita. Kami hari tu taktau kena aktifkan di atm tu, so bila booking syarikat kereta bagi tau kena aktifkan dulu sebab mereka tak boleh nak direct potong duit dari akaun. So takes time jugak la kena pergi atm n book again😊 Alhamdulillah setel jugak bab ni. Selain tu, nanti masa sampai sana kita kena bayar 400aud untuk bond (boleh bayar guna debit kad atau kredit kad) Bond ni sebenarnya guarantee la takot kereta yang kita bawak kemalangan atau kena saman atau apa. Kalau selepas return kereta okay, saman takda dia akan pulangkan semua duit bond ni. So dont worry okay. Tapi takes time jugak nak dapat duit tu semula. Dalam 2-3 minggu selepas kita balik malaysia.


Pickup kereta sewa 😊



Bab visa pulak, kami apply 2 bulan sebelum fly. Rm20 je untuk seorang. Kena apply awal ye takot ada problem visa tak approved ke apa, kita boleh setel sebelum fly. Kami apply di website wiya Travel. Memang mudah dan dipercayai 😊


Okay, aku rasa ni sahaja persiapan yang diperlukan sebelum fly .Nanti untuk next entry aku akan ceritakan itinerary setiap hari pulak dan bajet tempat lawatan(kalau diperlukan tiket) serta tempat makan yang kami try di sana.


Secara keseluruhannya, Perth sangat lah mendamaikan. No wonder lah ramai rakyat Malaysia migrate ke sana. Im in love. Surely kalau ada rezeki lebih aku nak pergi sana lagi , again and again.

Arrival..
Teaser dulu, gambar pemandangan cantik-cantik coming up next πŸ˜…



Thats all for now.


Dear,
F



No comments: