Hari tu aku dah cerita bajet secara kasar untuk dua orang (aku dan suami) ke Perth. So hari ni sambungan entry tu nak ceritakan itinerary hari pertama di sana pula. Bagi yang belum baca entry lepas boleh klik link di bawah. π
Tips dan bajet ke Perth, Australia
Okay, now aku akan cerita day by day itinerary aku ke Perth.
Day 1 : 6 Disember 2017
Flight kami pukul 12.30 pagi dari KL, so sampai Perth lebih kurang pukul 5.30 pagi. Sebelum sampai tu, kita kena isi satu borang nak declare barang-barang yang dibawa and then cabin crew akan sembur something (Australia sangat pentingkan kebersihan, mereka takot kalau ada penyakit atau apa-apa infection yang dibawa oleh traveller yang datang Australia. So kita follow je apa yang diorang suruh buat π
Arrival, posing dulu π |
Okay,bila dah sampai, kami beratur nak tunggu setel imegresen. Btw, lupa nak bagi tau dalam previous entry. Jangan lupa buat check list semua barang yang di bawa masuk ke Australia. Kami declare semua benda yang dibawa termasuklah ubat-ubat, makanan (kami masukkan sekali ingredient). Aku buat declaration list ni dalam bentuk jadual so terus bagi pada pegawai imegresen kat sana. Dia ambil dan teruja dan sempat puji kami sebab aku buat jadual yang sangat details termasuk ingredient setiap barang yang dibawa. So dia tak check dah beg kami, terus lepas. Aku perasan pelancong yang beratur di lane sebelah kami tu diorang check sangat detail. Kena bukak beg dan tunjuk setiap benda satu persatu. Pergh. Bersyukur sangat urusan kami di imegresen tu berjalan lancar.
Selepas tu, kami turun bawah dan pergi ke surau airport. Turun je tingkat bawah terus ke kiri dan akan nampak surau. Surau ni kena share lelaki dan perempuan. So kami perempuan solat dulu, husband2 tunggu di luar jaga line. And then diorang pula solat.
Selepas solat, kami beli simkad OPTUS di kedai telefon dalam airport tu jugak. Kami beli untuk 5 days usage berharga AUD10. Aku dan suami beli satu je sebab boleh buat wifi hotspot. So tak perlu bazir nak beli sampai dua simkad π
Selepas dah setel mandi di airport (ada shower room), kami call syarikat kereta sewa dan mereka akan suruh kita keluar tunggu di luar aiport berdekatan bus stop. Nanti akan ada wakil dari syarikat kereta sewa pickup kita dan bawa ke pejabat ARIES CAR RENTAL untuk ambil kereta sewa dan tanda tangan perjanjian sewa kereta.
Di luar airport Perth |
Sementara tunggu orang kereta sewa datang ambil kami π |
Selesai semuanya, kami terus ke Woolworth, kalau di Malaysia kira macam TESCO la. Kami ke supermarket tu nak beli barang-barang rumah (untuk memasak) dan nak beli makanan sebab dah lapar. Disebabkan taktau roti yang halal kat situ, kami tanya la orang situ tanya roti mana yang halal. Kami beli air minuman DARE (boleh dikatakan minuman yang mesti beli kalau mai australia ni). Sedappppp! Especially bagi peminat coffee macam aku. Haha.
Air dare. My favourite π |
Selepas dah puas shopping kami gerak ke WATERTOWN BRAND OUTLET. Saja nak survey harga barang di sana. Harga barang masa kami pi tu taklah murah sangat. Takde sale masa tu. So, kami takdela shopping banyak sangat. Just a few shoes, baju husband. Pastu ada jugak la ambil gambar beberapa barang yang kami rasa murah untuk forward pada keluarga dan kawan-kawan in case ada yang nak pesan tolong belikan nanti. Hehe. Then, selepas tu aku dan husband beli kebab di kedai Turki dalam outlet tu. Harganya AUD11. Not bad lah rasa kebab tu. Maybe sebab kami tengah laparπ
Watertown brand outlet |
Kami beli kebab di Ispa Kebab ni |
Selepas tu, kami ke CAVERSHAM WILDLIFE PARK. Tiket masuk AUD58. Nanti lepas pintu masuk, dia akan bagi pamplet. So kita boleh tengok la pukul berapa akan ada pertunjukan dan feeding time haiwan-haiwan di sana dan sebagainya. Ada pertunjukan, boleh tengok dan pegang kanggaroo dan koala. Ada jugak haiwan paling happy dalam dunia , iaitu quokka. Tapi boleh tengok dari jauh je sebab dia duduk dalam sangkar. Muka quokka ni memang sentiasa senyum, sebab tu kot dipanggil haiwan paling happy. Haha. Ada banyak lagi haiwan yang boleh dilihat disini. Kami spend lebih kurang 3 jam jugak kot kat sini.
Entrance with my travel buddies π |
Selfie with the famous kanggaroo. Bukti mai Aussieπ |
With koala. Beratur panjang nak bergambar dengan diaπ |
Setelah penat bermain dengan tuan rumah Aussie (read:kanggarooπ), kami ke MARGARET RIVER cHOCOLATE AND CO. Lokasinya tak jauh dah daripada carversham wildlife park tadi. Datang ni semata-mata nak kill time (mengahbiskan masa untuk check in). Di sini just bergambar dan tengok pokok anggur. Sebab sebelah kedai coklat ni ada kedai wain. Kami haus, so beli air mineral dalam kedai coklat tu. Beli yang botol besar (AUD7 = RM21) . Disebabkan terkejut dan haus, beli jugak la. Haha. Kalau di botol tu ada tulis harga confirm tak beli tapi pergi nak bayar baru cashier bagi tau harga, almost pengsan dengar harga π selain tu, kami ada try coklat percuma. Tu je la. Takde beli apa pon lagi.
Entrance Margaret River Chocolate Co |
Selepas tu, dalam pukul 5 petang, kami ke homestay yang dah ditempah. Kebetulan, aku lupa bagi tau kat tuan rumah nak check in awal. Tu yang kena tunggu agak lambat sebelum masuk ke rumah. Sebab owner rumah nak kemas rumah dulu. Sebab sebelum kami masuk, ada penyewa lain baru keluar.
Sampai je rumah, mandi, solat jamak asar dan zohor. Kemudian selepas solat maghrib kami keluar ke bandar Perth. Nak tengok night life di Perth. Kami ke ELIZABETH QUAY, BELL TOWER, pusing-pusing area MURRAY STREET DAN HAY STREET. Selepas dah penat, kami gerak balik rumah. Sampai rumah, solat dan terus tidur π
Belakang kami adalah Bell Tower |
Elizabeth Quay |
Perth at night |
Murray Street at night |
Thats all untuk hari pertama di Perth. Jadual yang padat. Tapi okay la. Hehe. Btw, kami guna waze je untuk direction ke semua tempat tu. Sebab syarikat kereta sewa kata tak berbaloi ambil GPS, mereka suruh guna waze lagi jimat, kat Australia ni capaian internet laju walaupun tempat pedalaman or dalam hutan, so inshaAllah kita tak sesat. π
Thanks for reading. Coming up next, itinerary hari kedua di Perth.π
Till next entry.
Written by,
F
No comments:
Post a Comment