hit me :)

Followers

Thursday, December 30, 2010

tahniah malaysia :)

buat pasukan malaysia, tahniah atas kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF untuk edisi kelapan dengan menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
ni semua berkat doa jutaan peminat negara Malaysia berserta permainan terbaik yang ditunjukkan oleh pemain negara.
paling best, keeper Malaysia tu, fuhhhh. teror la. hehehe
teruja habes la dapat tengok live semalam dekat saujana. uhhh. paham2 je la bila gurls tengok bola.
fanatik habes la. haha.
bangga tol aku tengok semangat students usm semalam.
memang terserlah semangat kesukanan n semangat patriotik dorang. keh3.
apapon. memang terbaik la MALAYSIA. :)

sekali lagi, TAHNIAH =)


ihsan METRO


aku nak beli la jersey malaysia.bukan sebab baju tu smart or apa. tapi sebab semangat
1 MALAYSIA!
.....tu yang penting. ekeke :)


yang mana lagi smart ek??
pilih jap. hehe



ATAU



 oke~ nanti malam mimpi lain nak beli yang mana satu. hoho.
 thats all untuk kali ni.
salam semua. :)

Thursday, December 9, 2010

holiday

lokasi: JB
urusan: jenjanlan~ hohoh

btw, aku sedang mood holiday, so memang aku terpaksa biarkan blog ini bersawang tanpa meng'update' satu habuk pon cerita. maaf la yer. tapi, dek kerana kebosanan berada di rumah mak njang siti kat Taman Rimunting ni, aku jenguklah sebentar blog aku nie.jap ag baru kuar jalan2.nak mencari kawan navy abah yang lama yang dah berpuluh-puluh tahun lost contact. bagus kan, masih ada usaha nak mencari kawan lama :) tapi takkan nak mencari kawan je kot abah?? =.=" nak jalan2 jugak kan? heheh. btw, kat JB nie pe yang menarik eh? suggest jap..ekeke. aku tau danga bay tu ja, i mean selain shopping complex la. tanak g shoping complex, nak rehatkan otak g tempat2 yang mesra alam. nak menikmati keindahan alam semulajadi. almaklumla hajat di hati nak berubah menjadi nature lover.:) haaa, suggest sekali pe yang ada kat kluang sebab malam kang nak check in kat kluang lak, umah sepupu tercinta, Kak Lah. hehe. sku nak bercuti n tanak pkir pe2 lagi. tanak pkir exam jugak.hohoh.
eh jap, bila result kuar eh? haih~ berdebar kot~.adoy, macam pe ag jawab final exam ritu. huhu. da2. kita tgj ja result nnti.sama ada dapat tak i phone yang kak own tawarkan nak beli tu. hihi :P

skill menulis aku dah lemau dah.dah tak pandai nak bercerita dan menulis. huhuhu.semuanya akibat daripada sifat kemalasan yang ada dalam diri yang malas nak update blog nie. tumblr pon da berkurun terbiar.

so, tanak dah tulis.huhu. (buat masa ni la)..
sekian. salam semua :)

Wednesday, November 24, 2010

exam is over

tanggal 23 bulan 11, 2010
merdeka, merdeka, tetaplah merdeka
ia pasti menjadi sejarah~~
ohohoh.. hepy sebab tadi last final exam aku untuk sem yang ke 3 nih. hihi.
untuk yang masih ada paper teruskan perjuangan anda yer.:P





sekarang, nak enjoy cuti yang lebih kurang sebulan.
nak tengok movie banyak2,
nak makan kat rumah yg sgt2 sedap(mak masak),
nak g jalan2. heee :D
sambil menunggu result. hopely, will be like what i hope. amin.

Friday, November 12, 2010

bosan jep

salam semua.
gedik kan bukak blog aku tengok layout baru aku yang neh? hoho
boleh tak nak gedik jap je, nanti aku rasa korang tak suka, aku tukar balik la ek.
ohoh. iye. aku memang tengah exam sekarang ni.tapi rajin nak tukar baju blog jugak.
sebab frust tadi kimia susah, aku taknak study ptg nie. hohoh.
btw, tinggal lagi 2 paper saja, hari isnin ni n lepas raya, 23 november lak. penat kan. gap punya la lama. =.="


motif aku tulis aku sendiri tak pasti. dah bosan asyik2 on9 facebook, bukak blog kejap. heheh.
blogwalking jugak~
ohhh. seronok2, membaca blog2 mereka. pandai mereka2 tulis, bercerita apa2 sahaja di blog. tapi aku tak reti n sepandai tu nak tulis blog ni. 
dorang tulis ada aura sampai semua berminat nak baca. jeles oke?? =.="
tape lah, yang pasti aku gembira dengan hidup aku. hihi
aku tulis blog pon sebab nak isi masa lapang (tak lapang mana jugak laaa).
daripada aku mengumpat, bergosip, lebih baik kan kalau aku nak merepek2 kat sini. blog aku, suka hati aku la kan nak tulis apapon. hehe.
nama pon blog picisan, yang merapu2 saja. :)


tu ja kot, aku nak tido pulak. yang pasti tanak study petang ni. :D


p/s: iyer, gambar tu aku n ikhwan hanif :)

Monday, November 8, 2010

sudah dua dekad :)

selamat ulangtahun yang ke 20 Farina :)


betapa aku tersangat busy untuk menghadap blog nie. nak update pasal bufday aku pon tak sempat.
sedih betol kan? :P
btw, aku dilahirkan 5.11.90.
so, 5.11.10 hari tu genaplah umur aku 20 tahun. pahit manis kehidupan sudah dirasai walaupon taklah banyak sangat. at least banyak dah pengalaman yang aku dapat sepanjang 20 tahun nie. :)
tak dinafikan perjalanan hidup masih jauh. banyak lagi yang perlu ditempuh.
masih belajar. ya, yang tu sudah pasti. :)
belajar untuk kesenangan hidup di masa depan, insyaALLAH. :)

kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak untuk semua yang wish sama ada di facebook mahupon message or called di fon.
(kak own yang call sangat lama dari india, thanx) :P
thanx a lot atas ucapan anda semua. aku hargai.
ikhwan hanif n dzuha ghanim, thanx untuk suprise bufday party and the cake.
i do like it very much. :)

semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH. 
sekian dulu. :)

Sunday, October 31, 2010

exam is around the corner

salam semua..
wahhh..dah lama tak menjenguk blog nih.

dah tak cantek.
dah bersawang.
dah terbiar.
dah terabai.
pokok pangkalnya dah tak dipeduli.

kesian dia.heee :D
aku busy sgtkah???hehehe.
not really, tapi lately, kekurangan idea nak menulis berkenaan apa.
itu satu hal, hal yang lain, aku tak sempat nak update sebab hantar lappy masuk workshop.hohoh.
so, seriously tak berpeluang nak update.:)

exam.
exam.
exam.
exam.
exam.

OMG! tinggal lebih kurang seminggu lagi nak final exam untuk sem pertama di tahun kedua nie...dah study banyak ke makcik??? nie dok bersuka ria kat blog lagi nie.. fesbuk tiap ari kau bukak, pegang buku takla tiap hari kan??? =.="
bila laaa nak insaf..(merujuk kpd diri sendiri)

btw, aku nak kena pulun! seyesly..aku nak ipod touch tu!!! hohoh! naaakkkkkk sangat! :)
nasib ada yang offer nak bg tu.hihi :D



oke! nak g study! saya nak yang tu!
semangat semangat semangat!



p/s: doakan aku yer.wish me luck.doa yg sama buat anda jugak.:)


Sunday, October 10, 2010

homesick =(

salam semua. currently i MISS my home really bad.. :'(
MAK.. ABAH.. kak ina nak balik rumah. hukhuk..
dengan keadaan diri yang tak berapa sihat, perasaan nak balik rumah semakin bertambah-tambah.
"luckily" minggu ni aku ada 2 presentation (pgt201e, TITAS), listening test, group discussion test, nak kena hantar kertas kerja projek bumi hijau pgt203, ada lab lagi dan..............................................................(tak terlist) byk sgt kerja nak kena buat.. =.=", so how i wanna go home??? ohhhhh..! :'( 
nak balik. nak balik. nak balik.....

mood: HOMESICK like crazy!

_____________________________________________________________________________


hampir terlupa.. hari nie.. 10.10.2010.
selamat ulang tahun yang ke-52 abah.=)
semoga panjang umur. dimurahkan rezeki..
sayang abah sangat2.. =)


sama kan muka??? hehehe

ohhhh.. bufday si comel, aisyah kadeja jugak (my cousin)..
genap 2 tahun hari nie.. muka memang macam abah dah. hehehe..


comel kan?? hehehe =)


oke! saya rindu aisyah jugak! so, memang terasa nak balik rumah! =.="

oke! thats all. nak sambung buat kerja.. =)

Friday, October 8, 2010

30 perkara perempuan tak sempat bagi tau lelaki :)

salam. aku ada terbaca sesuatu kat fesbuk. tapi dah tak ingat dekat fesbuk sapa. aku rasa menarik je untuk diletakkan  kat blog aku nih. nak berkongsi dengan anda semua yang tak pernah baca lagi sesuatu yang aku maksudkan tu. hehehe. selamat membaca! [giler poyo kan, ahh lantak kau :P]

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



menarik kan??? [tolong laaa cakap yaaaa :P]
oke! tu je nak berkongsi dengan anda buat masa sekarang. kalau suka, boleh like di bawah post nih..
[sempat lagi tuh, hahaha]

salam semua. :)

Sunday, September 19, 2010

i love you! :)

I love you because you make me happy
I love you because you make me feel safe and secure
I love your smile
I love the way you say my name
I love the look in your eyes when you tell me you love me
And how you laugh at me when I do something stupid, when others would put me down.
I love the fact that when I'm around you I can be myself and not worry
about what you may think of me, because I know you love me for who I am.
No matter what my faults may be.
I love being able to wake up with you by my side...
It makes my days better
I love hearing you take each breath, and
feeling your heart beat with the palm of my hand... reality hits that you
are not a dream YOU ARE MINE.
I love the way you wrap your arms around me and hold me really tight, like
there is no tomorrow
And I love the way I feel the love and emotions that go through me at that moment are unexplainable.
I love your laugh
I love hearing your voice
I love that you get along with my family and friend, no matter how much
you dislike them, or who they are.
And hearing you tell me your stories, you could tell them to me a thousand
times, and I will never get tired of them, because they are a part of you.

But the main reason I love you is because.....

You are you! 

i love you,
IKHWAN HANIF BIN ISMAIL :)



Wednesday, September 1, 2010

own anak merdeka!

dear kak own!!

 happy belated birthday! i love u sis!!! mmmuuuaaxxx! ;)




me n her


and also..............


salam merdeka buat semua!! :DDD



p/s: ta sempat nak post semalam ;)

Monday, August 30, 2010

bersahabatlah sebaik mungkin!

dalam hidup ni, kita memang perlu kawan. kawan penting! bagi aku la. kawan bukan saja dapat mengisi hari-hari bahagia kita tapi kawan boleh dijadikan tempat sandaran waktu kita susah n sedih. 
tapi, apa yang pasti, dua individu yang berbeza mestilah mempunyai sikap dan keinginan yang berbeza antara satu sama lain. so, untuk kekalkan hubungan persahabatan yang terjalin tu tak semudah yang kita sangka. tetapi tak la bermaksud kita tak perlu berusaha untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang kita bina. jadi, di sini aku selitkan sikit tips menjalinkan hubungan persahabatan yang bertahan lama dalam hidup kita n sekaligus membuatkan kehidupan kita lebih happy.. ;)

1. bersikap terbuka adalah satu landasan yang penting yang mesti ada dalam hubungan persahabatan ni. sebuah hubungan persahabatan yang sihat mestilah bebas daripada persaan dendam dan bersalah. kalaupon ada masalah yang timbul. berbincanglah sesama kita secara terbuka. 

2. layan kawan kita macam mana kita nak diri kita dilayan sebegitu olehnya. so, kalau nak kawan kita ada dengan kita time kita sedih, terlebih dahulu buat perkara yang sama terhadap diri kawan kita tu.

3. bare in mind,"nobody perfect". tak ada yang sempurna dalam dunia ni.saling menerima kekurangan dalam diri masing-masing adalah merupakan kunci persahabatan yang baik. tapi dalam masa yang sama masing-masing perlu cuba membantu antara satu sama lain untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri. so, kita dan kawan kita mestilah bersikap terbuka dalam menerima kritikan membina. :DD

4. hargai pendapat antara satu sama lain. berbeza pendapat itu sememangnya tak dapat dielakkan n tak ada salahnya pon. tapi, kita mestilah bijak menguruskannya dengan baik.

5. kawan bukanlah individu yang akan selalu dengan kita selama 24 jam dan 7 hari seminggu sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.jadi, janganlah kita berasa hati kalau kawan kita sibuk dengan rakan-rakan lain atau ahli keluarganya. :DD

6. komunikasi memang perlu! komunikasi yang berkesan memang dapat membentuk persahabatan yang harmoni.

7. belajarlah antara satu sama lain dalam segala hal supaya hubungan menjadi semakin erat. :)

8. last but not least, jangan jadikan "kekasih" sebagai penghalang untuk kamu terus bersahabat. bijak membahagikan masa agar semua pihak mampu menikmati kebahagiaan bersama. :)




oleh itu........................

pilihlah sahabat yang betol. memang bukan mudah nak pilih sahabat yang setia tapi kita masih mempunyai pilihan. :) contohnya, kita boleh meletakkan sasaran tertentu untuk mendapatkan sahabat yang ideal. tapi jangan lah pulak terlalu memilih kang tade sape yang nak kawan dengan anda itu. :p

here some tips:

1. TOLERANSI
~ tak kira dalam apa jua keadaan, dia suka mengambil jalan tengah untuk melakukan kesepakatan.

2. PENDENGAR YANG SETIA
~ sewaktu kita berada dalam keadaan bermasalah, dia tak putus-putus bertanyakan tentang keadaan diri kita. malah bila kita cerita masalah kita, kita nampak riak muka risau dia dan dia juga seolah-olah cuba letakkan diri dia dalam permasalahan kita itu.

3. SETIA
~ kalaulah, kita dilanda gosip, dialah satu-satunya individu yang masih setia di sisi kita dan berusaha menenangkan kita supaya tabah hadapi dugaan tu.

4. PENGKRITIK MEMBINA
~ dia tak kedekut dengan pandangan dan nasihat. n setiap nasihat dan pandangan dari dia pasti akan diperkukuh dengan alasan-alasan tertentu. kita akan berasa lebih yakin tiap kali dengar komen-komen yang diberikan.

5. PROFESIONAL.
~ walaupun kita dan dia berkawan, kita tak langsung terikat atau terganggu dengan perhubungan tu. dia pandai bahagikan masa 'privacy' atau sebaliknya. n dia jugak tak campur adukkan antara perkara peribadi dengan persahabatan.

bila kelima-lima ni telah ditemui dalam diri seseorang, insyaALLAH, dialah individu ideal untuk dijadikan teman. :)


friendship till die :)





SAYANG SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA!! :)

hope

When all about you is black with gloom,
And all you feel is pending doom.
When your bones are racked with grim despair -
When every breath is a gasp for air.
Keep on going, though you need to grope,
For around the bend is a ray of hope.

A ray of hope is perhaps all that's left,
As your will to live has been bereft.
You've lost it all, it's just no use!
You can end it all, you need no excuse.
But throw away that piece of rope,
And give yourself a chance of hope.

Just give yourself another day,
Brushing aside what your thoughts may say.
This is your life and you can make a new start,
By ignoring the brain - just follow the heart.
Taking baby steps in order to cope,
And minute by minute you'll build on your hope.

Build on your hope,. one day at a time,
Though the road be steep and hard to climb.
The hurts of the past - they should be dead.
The fears of the future are all in your head.
Just live in the present and refuse to mope
Your life will sparkle for you're living in hope. 

ya ALLAH, berikan aku petunjukMU.

Friday, August 27, 2010

surat untuk calon suamiku. :)

kepada calon suamiku..

assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh..

apa khabarnya imanmu hari ini?
sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini.
sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini sedang kau genggam?
calon suamiku,
tahukah engkau betapa ALLAH sangat mencintai aku dengan dasyatnya?

disini, aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.
meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

kadang aku tertanya-tanya mengapa ALLAH sering mengujiku tepat dihatiku. bahagian terapuh diriku. namun kini aku tahu jawapannya.
ALLAH tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingatiNYA dan kembali mencintaiNYA.
ujian demi ujian insyaALLAH membuatkan aku menjadi lebih teguh dan kuat, sehingga saat kita bertemu kelak, kau bangga telah memiliki aku dihatimu.

calon suamiku,

entah dimana dirimu sekarang. tetapi aku yakin DIA kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang teguh, sehingga akupun bangga memilikimu kelak.
apa yang ku harapkan darimu adalah kesolihan. semoga sama halnya dengan dirimu. kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang kau dapati.
aku masih haus akan ilmu. namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan ALLAH dan darimu, suamiku.

wahai calon suamiku,

saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat.
namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
aku ini pencemburu yang berat. tapi kalau ALLAH dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. aku harap begitu pula dirimu.

aku yakin kaulah yang aku perlukan, meski nanti kau bukanlah orang yang aku harapkan...

calon suamiku yang dirahmati ALLAH,

apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan aku namai dengan gubuk derita. kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.
ketika kelak apabila telah lahirnya generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada ALLAH Taala.

bunga akan indah pada waktunya iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. maka kini sedang ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya.bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. meskipun bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

calon suamiku,

inilah sekilas harapan yang aku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.
itulah kini yang kuhadapi. kelak saat kita sedang bersama, maka disitulah aku akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

bersabarlah calon suamiku, doaku selalu....
Agar ALLAH memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu.
semoga ALLAH sentiasa menjagamu agar tidak tersentuh yang bukan mahrammu, meski hanya seujung kuku.
agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku.
seperti halnya aku, yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya, hanya untukmu.

sudah dulu ya calon suamiku.
salam cinta dariku untukmu.

wassalam.

calon isterimu,
nurul farina binti mustapa. :)

Thursday, August 26, 2010

aku pernah semuanya.. :)

pernahkah kamu merasakan bahawa kamu mencintai seseorang meski kamu tahu dia tak sendiri lagi? dan meski kamu tahu cintamu takkan terbalas, dan kamu tetap mencintainya??

pernahkah kamu merasakan bahawa kamu sanggup melakukan apa sahaja demi seseorang yang kamu cintai meski kamu tahu, dia takkan pernah peduli? ataupun dia peduli dan mengerti tetapi tetap juga pergi?

aku pernah! ya, aku pernah merasakan semua itu.

aku pernah tersenyum meski ku terluka, kerana aku yakin ALLAH tak menjadikannya untukku..:)

dan aku pernah menangis kala bahagia kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu sahaja.

aku pernah bersedih kala bersama dengannya kerana aku takut akan kehilangan dia suatu saat nanti..

dan aku pernah juga ketawa kala berpisah dengannya kerana sekali lagi "cinta tak harus memiliki" dan aku yakin ALLAH telah menyiapkan cinta yang lain untukku..:)


p/s: shila, aku suke jugak ayat2 itu :)

Wednesday, August 25, 2010

:DD

finish each day and be done with it. you have done what you could. even some blunders have crept in, forget them as soon as you can.
tomorrow is a new day, you shall begin it serenely and with too high a spirit  to be encumbered with your old nonsense. :p

baru sudah menjawab test ecology. pergh! so freaking bad! ngahahaha. so, let it be. terima lah dapat result apa pon. sapa suruh study last minute. fadan muka laa en..! :P fuhh.. bahagia yang teramat apabila selesai semua test dalam minggu nih. i mean test yang dijadualkan sebelum cuti raya laa. :p
naik cuti kita kira lain pulak okeyh? :)

nak jadi cikgu payah ooowww! aku nak kena menyiapkan asignment microsoft excel. isi markah, buat kedudukan, kira average, minimum markah, maximum markah, graf summore! jadahnyeee payah. eh2.. tak payah, tapi cikgu tuh yang mengkompleks kan kerja..:P (ta salah aku gak neh :p)
haish! merungut pon kena wat gak.so, better u do your work than complains too much! :)

esok last lab before cuti raya. bahagia telah kuasa dua..
jumaat cuti nuzul Quran. bahagia kuasa tiga.
sabtu ada PBSM. kuasa telah berkurang satu. kembali kuasa dua.
sabtu balik umah kot! klimaks!!! ni yang nak gitau! hahah


okay! lack of idea already! babai! :p

ahaaa! :D

"Smile is second best thing you can do with your lips. :)


ops~ heee :DDD
actually saja bosan. so post la quote nih.. :)
petang kang aku ada test ecology. so, doakan yer.
ok! babai! nak sambung study.. (: 

Tuesday, August 24, 2010

pantang menyerah.! :)

dalam tekad, aku meniti hari-hari sendiri.
melewati onak duri.
meratapi nasib diri.
hati kian dibelenggu resah.
namun, pada siapa harus ku adu rasa gundah?
bagaikan sembilu menikam dada.
bagaikan bara menusuk ke jiwa.
hari-hari yang dilalui terasa sepi.
jiwa kosong tak terperi.
hidupku tak seindah yang diimpi.
namun, langkah kaki harus ku teruskan.
ku cekalkan hati walaupun hati kian goyah,
ku bulatkan impian di hati walau ujian datang menerjah.
ku teruskan langkah walau tohmahan datang mencelah.!
sebab aku bukanlah serapuh yang dilihat, segoyah yang disangka
akan ku buktikan, aku NURUL FARINA.

pantang menyerah!!! 

(semangat ja lebeyh, teheee :DDDD)

Monday, August 23, 2010

fantasi cinta :)

selamat tinggal fantasi cinta.. :)

aku ada terbaca sesuatu yang menaikkan semangat aku. ya! bersemangat dengan tiba-tiba. so, nak share dengan anda yang berada 'di atas bot bersama saya'. =)

andai sudah jelas lagi nyata bahawa lelaki yang kita cintai bukanlah lelaki yang terbaik untuk kita, tak usahlah membuang masa untuk terus mahu bersamnya.. sebab DIA tahu mna yang terbaik untuk kita. :)
apa pon yang kita buat, perkara pertama pikirlah tentang diri sendiri jugak okeyh.. :)
percayalah, andai dia yang terbaik untuk kita, takkan ada sesaat pon dia menyakiti hati kita. so, hentikan semua ilusi dan berpeganglah kepada prinsip2 yang insyALLAH pasti akan membahagiakan kita. :)

ilusi tersebut termasuklah:-

1. "belum pernah ada lelaki lain yang menyayangi aku sebaik dia"
lelaki yang bijak berkata-kata sudah pasti boleh menjadi super duper baik. dia melakukan semua perkara dengan teratur agar kita sedikit pon tak mensyakinya. so, kita harus ingatkan diri kita bahawa sebarang kebaikan yang dia lakukan bukan untuk kita semata-mata tetapi untuk kepentingan dia semata-mata.
pegang pada prinsip: "aku layak untuk disayangi. pasti ada lelaki lain yang akan menyayangi aku lebih baik dari si dia."

2. "si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
jangan pernah bermimpi kita akan dapat megubah seseorang apatah lagi si dia yang sememangnya terkenal dengan sikap playboynya.setiap orang harus berubah dari dalam diri sendiri dan bukan kerana orang lain. memang bohong kalau si dia gitau hanya kamu yang dapat mengubahnya.
pegang pada prinsip: "aku takkan menunggu dia terlalu lama sampai berubah. waktuku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hanya menunggunya."

3. "aku masih bahagia sekarang"
dia masih baik mungkin untuk saat ini sahaja. esok atau lusa belum terjamin. bagi kita, selagi tidak dipukul kita masih boleh terus bertahan. tapi kita kena ingat si dia telah menyiksa mental kita tanpa disedari.
pegang pada prinsip: "suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti kamu seperti mana dilakukannya pada orang lain sebelum ini."

4. "di masa akan datang aku tak mungkin temui lelaki sesempurna dia"
kita rasa si dia punya segala-galanya. biarpon dia banyak melukakanmu namun kerana apa yang dimiliki kita sanggup terus bersabar. hello?? tak da manusia yang sempurnalah. 
pegang pada prinsip: "aku yakin boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia."

5. "semua orang perlu diberi peluang kedua"
betul! tapi kita mesti pikirkan n kasihankan diri kita jugak kan. tak perlu nak mengorbankan dan menjerat diri. bercinta bukan penjara. kita boleh beri peluang kedua dengan hanya berkawan dan membantu mendengar masalahnya tetapi bukan dengan menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
pegang pada prinsip: "dia boleh dapat peluang kediua tetapi bukan dengan aku."

6. "semua orang mempunyai kekurangan, begitu juga dgn dia."
kalimah inilah yang sering memerangkap kita dengan lelaki buaya. tidak perlu menerima kekurangan seseorang itu andai ianya amat merugikan kita. kalau kekurangan itu hanay kecil-kecilan seperti tak boleh bgn pagi atau suka tido masih boleh diterima, tetapi kalau kaki perempuan atau kaki botol macamna?? pokok pangakalnya, jangan menyusahkan diri sendiri.
pegang pada prinsip: "kalau kekurangan itu menyakitkan sebaiknya berpisah sahajalah."

7. "sekiranya dia bersama aku pasti dia tidak akan menjadi jahat seperti dulu."
memang baik andai kita disayangi olehnya dan dia boleh apa yang ditetapkan untuknya. tetapi janganlah terlalu yakin. kalau si dia memang lelaki jenis liar. bukan mudah untuk menjinakkannya. kita mungkin menjadi orang yang berterus-terusan berkorban dan hasilnya sentiasa menghampakan. 
pegang pada prinsip: "andai dia boleh menyakiti hati orang lain, kenapa tidak dengan aku."

8. "kami telah berkongsi banyak hal bersama-sama, sayang andainya hubungan ini berakhir begitu sahaja."
anggap saja semua hal yang kita kongsi bersamanya diberikan dengan ikhlas. jangan takut merasa rugi andai kita putus dengannya kerana kerugian akan semakin bertambah kalau tetap bertahan dengannya. 
pegang pada prinsip: "pengorbanan aku untuk dia cukup sampai di sini."

9. "aku terlalu mencintainya. tidak akan ada yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah."
alasan ini memg slalu kita dengar. kita belum mencuba berkenalan dengan lelaki lain. bukalah pintu hati seluas-luasnya.jangan bergantung hidup hanya pada seorang. dunia terlalu laus untuk diterokai.
pegang pada prinsip: "aku masih muda, masih banyak kesempatan untuk aku mencuba berkenalan dengan lelaki lain."




Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun berkorban biarlah ada hadnya dan bersabar beiarlah berpada-pada. Jangan sakiti hati kita lagi... :)



percayalah, kita kan temui cinta sejati apabila tiba saatnya nanti. =)



Tuesday, August 17, 2010

cinta sejati

"I Love You".. mudah untuk diungkapkan.semudah mengenal ABC, semudah belajar 123.
tapi sampai bila ia mudah untuk diungkapkan??
cuma setakat sebulan bercinta? 2 bulan? setahun? setahun setengah?? atau setakat manakah ungkapan itu mampu diucapkan? terutama untuk orang yang sama.
untuk bermula bercinta tak susah. yang susahnya untuk mempertahankan rasa cinta itu. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk mempertahankan tak akan berkekalan selamanya. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk memahami sebelah pihak yang lain juga tidak akan bertahan lama.
saat awal bercinta semuanya indah."kentut pon wangi' -.-
apabila dah masuk setahun perangai masing2 yang sebenar2nya sudah dapat dikenal pasti. masa ni lah selalu berlakunya pergaduhan. benda yang remeh dan simple pon boleh jadi masalah yang besar. masing-masing takmau mengaku kalah dan merasakan apa yang mereka buat semuannya betol (tidak mahu beralah). sebenarnya, untuk kekalkan hubungan percintaan dalam masa setahun pon dah cukup susah. tu baru bercinta. kalau dah berkahwin pula lain  ceritanya. masalah lagi akan banyak. untuk mendapatkan keserasian sangatlah susah terutama di awal perkahwinan. sebab time tu baru nak bermula belajar hidup berdikari dengan pasangan masing-masing. hmmm. sebenarnya, aku 'tabik spring' lah kepada orang-orang yang bercinta lama ni dan hubungan masih macam di awal percintaan. sebab selalunya orang kata apabila bercinta dah lama, hangat bercinta tu taklah macam mula-mula bercinta. semakin lama, semakin suam2 kuku ja.:)
 tapi at least mereka berjaya mempertahankan hubungan itu walaupun tidak sehangat masa dulu (awal bercinta).
 untuk diri aku, aku selalu mengharapkan macam tu. hehe. :) tapi sayangnya aku pon gagal hadapi dugaan di tengah jalan. tidak sehaluan lagi apabila tiba di persimpangan. tidak mengambil laluan yang sama lagi. semoga, masih ada lagi simpang-simpang di hadapan yang akan mencantum semula laluan yang pernah terpisah itu sebelum sampai di penghujungnya. :) andai laluan itu kutemu semula, aku tak akan berfikir dua kali untuk melaluinya lagi. akan ku harung hingga ke penghujungnya...dalam erti kata lain, kutemu cinta sejati...sampai akhir hayat.. :)


aku nak macam ni. bersama hingga ke akhir hayat. :)



tapi persoalannya, wujudkah cinta sejati itu???
ask yourself..... :)

Thursday, August 12, 2010

tatau sile tanya :)

any question???


tatau tanye ahhh wehhh..
jangan berlagak tau.
dah tu, sombong pulak.
ingat best la an?
-.-

______________________________________________________________________

the story begins.....................................................................

ada la minah ni, 
aku n ayu taktau satu hal ni, tanya la dia soalan.
die jawab kerek giler ahh.
bajet kau 'hawt' sgt?? blah~ :p

ok, kami pon sambung wat eksperimen.
kitorang (aku n ayu) memang la tersangat 'terror' wat eksperimen ni.
tambah2 chemistry. -,-
hahaha (kidding).
aku ta reti doe..:)

sampai instructor tu cakap: "kenapa nak susahkan benda yang senang", "patutla, alatan asyik rosak, guna teknik yg salah", "ur place is so messy haa" n bla bla bla bla~

hello~ kami buat eksperimen, mesti la meja serabut..:p
(padahal orang lain wat kemas je, heh)
aku n ayu ni kira ala2 prof gitu. giler sume sudut meja yang ada kitorang guna..:p
patut ahh instructor tu bengang je..:p
dah ahhh, asyik2 muka kami ja yang bertanya soalan. yang tu taktau, yang ni taktau.:)

oke~ sudah menyimpang jauh. berbalik kepada persoalan yang timbul.

mengapa anda tidak bertanya kalau tak tahu??

oke~ minah ni tadi kan muka gila konfident lah buat eksperimen dia tu. sorang2 pulak tu sebab partner dia tak datang. aku n ayu dah pangkah la kan budak ni, buat kerek lagi dengan kami.:p tiba-tiba(unsur saspens :p), sedang semua students kusyuk buat eksperimen masing2, terbau aroma yang amat menusuk kalbu. menusuk idung gak ah. gila dasaaattt ahh.. bau ammonia, paham2 aja. plus ammonia yang berkepekatan tinggi. aiseh! sejibik ahh macam bau kucing2 kat rumah aku apabila mereka melepaskan hajat. :P
so, apa lagi, mengamuk sakan ahh instructor yang kacak lagi bergaya juga cute tu.
gini lah lebih kurang,
"kamu nak bagi kawan2 kamu pengsan ka?, kenapa tiap kali masuk lab kamu taktau apa kamu nak buat?, kamu baca  atau tak sebelum masuk lab?"
aduhh!
pedih telinga aku yang mendengar.
bukan apa, tumpang malu apabila lecturer tu tegur macam tu.
nahhhh, muka dia dah jadi macam karipap basi( bleh basi ka?). lantak kau.
tu la, sekarang ni DIA membayar cash atas segala perbuatan kita. aku taktau la aku ka yang ter'touching' lebih bila dia jawab soalan kami sebelum ni dengan kereknya. yang pasti nada jawapan yang diberi tidaklah enak untuk telinga yang mendengar.
kau ubah la sikap kau tu ya wahai cik adek manis (muka agak chomel la) :)
pastu, lecturer tu memang dah ignore laa budak tu. dia memang marah giler la.
aku ngan ayu gak la yang pi tolong dia.
kebetulan aku dah wat eksperimen tu 2 minggu lepas. nasib kau lah hari ni.
dugaan bulan puasa.:P
pastu, boleh pulak bersopan santun. aih kau ni, sudah bermasalah baru kau nak buat baik dengan orang sekeliling ya. tak elok macam tu adek oi.:)

oke la~ tak nak lah mengarut2 sangat kan di bulan yang mulia nih. sekadar berkongsi cerita.
=)

menu berbuka puasa hari ni:


 1. nasi ayam madu (RM3.50)


 2. air bandung ais (RM1)





3 kek; cheese cake, blueberry cake, chocolate cake (RM5)
total: (kira sendiri) :P

oke~ aku memang nak gemok makan sume ni.. tapi tadi aku teringin cheese cake je, nak beli 1 dia tak jual , kena la beli semua :P

oke~ pic ni sensored tym siang hari di bulan puasa.
hahaha
dah2.. nak g wat repot. babai. :)