Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu :
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya.
7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
13. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?
14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
20. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
21. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
22. paling penting, orang yang mencintaimu akan menerima diri kamu apa adanya. :")
hit me :)
Followers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Sunday, July 17, 2011
Saturday, July 16, 2011
A to Z tentang cinta
A-Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati...
B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram
C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.
D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi.
E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.
F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya.
G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.
H-Honest
Jujur dalam percintaan.
I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.
J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.
K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.
L-Loyalty
Setia pada yang satu.
M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.
N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.
O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.
P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.
Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.
R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.
S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.
T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.
U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia mengahadapi sebarang situasi yang tidak di jangka.
V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.
W-Wish
Cara terbaik mengatasi si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang di inginkan dari kamu.
X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.
Y-You
Yang kamu lakukan.
Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati...
B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram
C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.
D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi.
E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.
F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya.
G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.
H-Honest
Jujur dalam percintaan.
I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.
J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.
K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.
L-Loyalty
Setia pada yang satu.
M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.
N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.
O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.
P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.
Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.
R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.
S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.
T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.
U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia mengahadapi sebarang situasi yang tidak di jangka.
V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.
W-Wish
Cara terbaik mengatasi si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang di inginkan dari kamu.
X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.
Y-You
Yang kamu lakukan.
Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.
Friday, February 11, 2011
hormat si dia bila..........
hye all.
hari ni tiba tiba terasa nak menulis pasal love.=)
kalau kita nak orang hormat kita, semestinya kita perlu la hormat orang lain dulu. tak kira la sama ada hormat sesama kawan kawan, rakan sekerja, dalam keluarga, antara suami isteri atau orang asing sekalipon. senang cerita hormat menghormati nie penting dalam kehidupan seharian kita. tu semua untuk menjamin kebahagiaan di dunia n akhirat. oke~ sama jugak kalo kita bercinta. setiap individu sepatutnya hormat pada pasangan masing masing supaya hubungan yang terjalin akan kekal lama seperti yang kita nak.
here are some situation yang dapat dititik beratkan untuk menghormati pasangan masing masing. maksud aku bukanlah hanya dalam situasi macam nie ja kita perlu hormat pada pasangan kita, tapi ni antara yang aku ingat la. kalau korang ada situasi lain, boleh share dengan aku. no problem yang tu :)
(senang cakap time emosi dia tak stabil)
bagi aku la, the best way untuk kita hadapi situasi ni adalah mengalah. salah seorang mesti mengalah. so, kalau pasangan kita emo ja, kita mengalah je la ek. tak rugi pon mengalah dengan kesayangan sendiri. sebab dia bukannya emosi setiap masa pon kan? kalau ada api, mesti ada air kan? so, kalau kita mengalah kita ibarat macam air la, dapat menyejukkan keadaan. biar la dia puas curah emosi dia tu, takkan la kemarahan dia tak reda reda. so nanti kalau kemarahan dia dah reda, dia mesti akan tenang balik. percayalah ^^ sebagai pasangannya, kita mestilah harus lebih paham dengan dia. dia emosi mungkin disebabkan masalah dengan study, masalah di pejabat atau masalah masalah lain. saat saat ni, sebenarnya dia sangatlah memerlukan kita untuk support n fahami dia. =)
kalau yang beremosi setiap masa tu lain cerita. yang tu dah kira mengada ngada, tak leh nak mengalah sangat. nanti dia muak. =p kalau ada yang pasangan korang yang macam ni, emosi tak kira masa lebih baik korang berterus terang la kat dia sebelum keadaan menjadi lebih teruk n tak dapat di kawal lagi. plissss.. sayang la dengan relationship kita. =)
hidup ibarat roda. kadang kadang kita kat atas n kadang kadang kita kat bawah. semua tak dapat nak lari daripada karma ni. Tuhan tu Maha Adil. Dia akan bagi kita gembira n bagi kita sedih jugak. sebab Dia tak nak kita lupa diri. =)
so, time pasangan kita berada di bawah ni lah sangat penting untuk kita dapatkan kembali semangat dan harapan pasangan kita tu. jangan la tinggalkan pasangan kita time dia sedih. sebab itu akan membuatkan dia lagi down. so, cari lah apa jua cara sekalipon untk hiburkan hati pasangan kita. antaranya, boleh bawak dia pergi jalan jalan dan berhibur untuk melupakan kesedihannya.(aku kira jalan ja, kan feveret aku tu =p) mungkin ini jalan yang terbaik sebab kekasih selalunya nak pasangan masing masing membantu dan bagi dorongan masa depa sedih ni. kita mestilah bersama dalam suka dan duka. bukan time senang ja nak selalu dengan pasangan kita, tapi kena selalu ada walaupon time susah. oke dear? =)
(kena cari alternatif lain =)
kita tak perlu berkepit 24 jam sehari n 7 hari seminggu dengan pasangan kita. ada masa, kita perlu bagi ruang dekat pasangan masing masing untuk bersosial jugak. bersosial kat sini bermaksud bersama kawan kawan, bukannya bersosial tak bertempat oke. kalau bersosial tak bertempat tu aku pon tak benarkan =p
time pasangan kita dok dengan kawan kawan, jangan lak kita dok pi merengek rengek nak suruh dia teman kita time tu. bagi la chance kat dia untuk bersama kawan kawan dia jugak. kita nie mestilah bersifat positif. i mean positive thingking. mana nak tau dia nak jumpa kawan kawan untuk buat study group ka, nak cari lubang lubang pekerjaan yang lebih bagi untuk menambah sumber pendapatan. ala, semua tu pon untuk kita jugak kan. so, think positive!! =)
semua orang ada hobi yang berbeza beza. kita tak boleh nak sekat apa yang di sukai oleh pasangan kita. aku tau ada dalam kalangan kita sengaja mengenakan syarat untuk dia meninggalkan hobi dia kalau nak terus bersama lagi. kesian dia. sangatlah tidak adil bagi dia. cuba bayangkan kalau dia yang mengenakan syarat yang sama untuk kita? kita nak pilih yang mana, hobi tetap sayang, dia lagi la kita sayang kan. very hard decision right?? so, selagi hobi dia dapat membuatkan dia gembira apa salahnya dia teruskan. kita mesti nak orang yang kita sayang selalu gembira kana? =)
sebaik-baiknya apa kata kita cuba memahami dan turut berkongsi hobi yang sama dengan pasangan kita. bukankah hubungan akan menjadi lebih mesra dan kita akan lebih bahagia? =)
ini paling penting. janganlah sesekali kita menjadi penghalang untuk pasangan kita bertemu dengan keluarga dia. kalaupon pasangan kita dah berjanji untuk makan malam dengan kita pada hujung minggu akan datang n pada masa tu jugak kebetulan keluarga si dia memerlukannya berada bersama keluarga. so, kita kena bagi keutamaan kepada keluarga pasangan kita dahulu. kalau pasangan kita sedang bersama sama dengan family , janganlah kita berkecil hati. sebab keluarga si dia adalah keluarga kita jugak. family to be la senang cakap. :)
so, aku tak nak pisang berbuah dua kali. aku akan lebih memahami dan menghoramati hak privacy dia jugak. korang pon kena macam tu la. =)
thats all. semoga hubungan kita berkekalan untuk selamanya =)
Friday, October 8, 2010
30 perkara perempuan tak sempat bagi tau lelaki :)
salam. aku ada terbaca sesuatu kat fesbuk. tapi dah tak ingat dekat fesbuk sapa. aku rasa menarik je untuk diletakkan kat blog aku nih. nak berkongsi dengan anda semua yang tak pernah baca lagi sesuatu yang aku maksudkan tu. hehehe. selamat membaca! [giler poyo kan, ahh lantak kau :P]
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
menarik kan??? [tolong laaa cakap yaaaa :P]
oke! tu je nak berkongsi dengan anda buat masa sekarang. kalau suka, boleh like di bawah post nih..
[sempat lagi tuh, hahaha]
salam semua. :)
Monday, August 30, 2010
bersahabatlah sebaik mungkin!
dalam hidup ni, kita memang perlu kawan. kawan penting! bagi aku la. kawan bukan saja dapat mengisi hari-hari bahagia kita tapi kawan boleh dijadikan tempat sandaran waktu kita susah n sedih.
tapi, apa yang pasti, dua individu yang berbeza mestilah mempunyai sikap dan keinginan yang berbeza antara satu sama lain. so, untuk kekalkan hubungan persahabatan yang terjalin tu tak semudah yang kita sangka. tetapi tak la bermaksud kita tak perlu berusaha untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang kita bina. jadi, di sini aku selitkan sikit tips menjalinkan hubungan persahabatan yang bertahan lama dalam hidup kita n sekaligus membuatkan kehidupan kita lebih happy.. ;)
1. bersikap terbuka adalah satu landasan yang penting yang mesti ada dalam hubungan persahabatan ni. sebuah hubungan persahabatan yang sihat mestilah bebas daripada persaan dendam dan bersalah. kalaupon ada masalah yang timbul. berbincanglah sesama kita secara terbuka.
2. layan kawan kita macam mana kita nak diri kita dilayan sebegitu olehnya. so, kalau nak kawan kita ada dengan kita time kita sedih, terlebih dahulu buat perkara yang sama terhadap diri kawan kita tu.
3. bare in mind,"nobody perfect". tak ada yang sempurna dalam dunia ni.saling menerima kekurangan dalam diri masing-masing adalah merupakan kunci persahabatan yang baik. tapi dalam masa yang sama masing-masing perlu cuba membantu antara satu sama lain untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri. so, kita dan kawan kita mestilah bersikap terbuka dalam menerima kritikan membina. :DD
4. hargai pendapat antara satu sama lain. berbeza pendapat itu sememangnya tak dapat dielakkan n tak ada salahnya pon. tapi, kita mestilah bijak menguruskannya dengan baik.
5. kawan bukanlah individu yang akan selalu dengan kita selama 24 jam dan 7 hari seminggu sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.jadi, janganlah kita berasa hati kalau kawan kita sibuk dengan rakan-rakan lain atau ahli keluarganya. :DD
6. komunikasi memang perlu! komunikasi yang berkesan memang dapat membentuk persahabatan yang harmoni.
7. belajarlah antara satu sama lain dalam segala hal supaya hubungan menjadi semakin erat. :)
8. last but not least, jangan jadikan "kekasih" sebagai penghalang untuk kamu terus bersahabat. bijak membahagikan masa agar semua pihak mampu menikmati kebahagiaan bersama. :)
oleh itu........................
pilihlah sahabat yang betol. memang bukan mudah nak pilih sahabat yang setia tapi kita masih mempunyai pilihan. :) contohnya, kita boleh meletakkan sasaran tertentu untuk mendapatkan sahabat yang ideal. tapi jangan lah pulak terlalu memilih kang tade sape yang nak kawan dengan anda itu. :p
here some tips:
1. TOLERANSI
~ tak kira dalam apa jua keadaan, dia suka mengambil jalan tengah untuk melakukan kesepakatan.
2. PENDENGAR YANG SETIA
~ sewaktu kita berada dalam keadaan bermasalah, dia tak putus-putus bertanyakan tentang keadaan diri kita. malah bila kita cerita masalah kita, kita nampak riak muka risau dia dan dia juga seolah-olah cuba letakkan diri dia dalam permasalahan kita itu.
3. SETIA
~ kalaulah, kita dilanda gosip, dialah satu-satunya individu yang masih setia di sisi kita dan berusaha menenangkan kita supaya tabah hadapi dugaan tu.
4. PENGKRITIK MEMBINA
~ dia tak kedekut dengan pandangan dan nasihat. n setiap nasihat dan pandangan dari dia pasti akan diperkukuh dengan alasan-alasan tertentu. kita akan berasa lebih yakin tiap kali dengar komen-komen yang diberikan.
5. PROFESIONAL.
~ walaupun kita dan dia berkawan, kita tak langsung terikat atau terganggu dengan perhubungan tu. dia pandai bahagikan masa 'privacy' atau sebaliknya. n dia jugak tak campur adukkan antara perkara peribadi dengan persahabatan.
bila kelima-lima ni telah ditemui dalam diri seseorang, insyaALLAH, dialah individu ideal untuk dijadikan teman. :)
friendship till die :)
SAYANG SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

