hit me :)

Followers

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

ciri-ciri orang yang mencintai kamu :")

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu :


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya.


7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


13. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?


14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


20. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


21. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.


22. paling penting, orang yang mencintaimu akan menerima diri kamu apa adanya. :")

Saturday, July 16, 2011

A to Z tentang cinta

A-Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati...

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi.


E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.

F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya.

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.

H-Honest
Jujur dalam percintaan.

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.

L-Loyalty
Setia pada yang satu.

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.

R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.

S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia mengahadapi sebarang situasi yang tidak di jangka.

V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.

W-Wish
Cara terbaik mengatasi si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang di inginkan dari kamu.

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.

Y-You
Yang kamu lakukan.

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.



Monday, May 30, 2011

my ♥ one :)

pesanan ringkas buat kekasih yang jauh di mata =)

♥ cintamu adalah anugerah untukku. kerana cintamu hatiku bahagia. ku ingin selalu bersandar di pelukmu kerana hanya kamu yang layak menjagaku dan jagalah hati dan cintaku seperti bulan yang selalu menjaga malam di waktu gelap. yakinlah hatimu aku milikmu dan hanya untukmu :)


♥ dalam dada hanya dirimu yang bertakhta. dalam jiwa, cintaku hanyalah padamu. dan dalam hati, hanya namamu yang terukir :)


♥ dalam dakapan sang malam, aku titipkan doa untuk dirimu. aku pinta pada sang waktu untuk selalu menjagamu.biar malam yang mengurai penatmu, hingga tiba sinar matahari esok dan tercermin kembali senyum diwajahmu :)

Friday, February 11, 2011

hormat si dia bila..........

hye all.

hari ni tiba tiba terasa nak menulis pasal love.=)

kalau kita nak orang hormat kita, semestinya kita perlu la hormat orang lain dulu. tak kira la sama ada hormat sesama kawan kawan, rakan sekerja, dalam keluarga, antara suami isteri atau orang asing sekalipon. senang cerita hormat menghormati nie penting dalam kehidupan seharian kita. tu semua untuk menjamin kebahagiaan di dunia n akhirat. oke~ sama jugak kalo kita bercinta. setiap individu sepatutnya hormat pada pasangan masing masing supaya hubungan yang terjalin akan kekal lama seperti yang kita nak.

here are some situation yang dapat dititik beratkan untuk menghormati pasangan masing masing. maksud aku bukanlah hanya dalam situasi macam nie ja kita perlu hormat pada pasangan kita, tapi ni antara yang aku ingat la. kalau korang ada situasi lain, boleh share dengan aku. no problem yang tu :)

time pasangan kita emo  
(senang cakap time emosi dia tak stabil)

bagi aku la, the best way untuk kita hadapi situasi ni adalah mengalah. salah seorang mesti mengalah. so, kalau pasangan kita emo ja, kita mengalah je la ek. tak rugi pon mengalah dengan kesayangan sendiri. sebab dia bukannya emosi setiap masa pon kan? kalau ada api, mesti ada air kan? so, kalau kita mengalah kita ibarat macam air la, dapat  menyejukkan keadaan. biar la dia puas curah emosi dia tu, takkan la kemarahan dia tak reda reda. so nanti kalau kemarahan dia dah reda, dia mesti akan tenang balik. percayalah ^^ sebagai pasangannya, kita mestilah harus lebih paham dengan dia. dia emosi mungkin disebabkan masalah dengan study, masalah di pejabat atau masalah masalah lain. saat saat ni, sebenarnya dia sangatlah memerlukan kita untuk support n fahami dia. =)


kalau yang beremosi setiap masa tu lain cerita. yang tu dah kira mengada ngada, tak leh nak mengalah sangat. nanti dia muak. =p kalau ada yang pasangan korang yang macam ni, emosi tak kira masa lebih baik korang berterus terang la kat dia sebelum keadaan menjadi lebih teruk n tak dapat di kawal lagi. plissss.. sayang la dengan relationship kita. =)





time pasangan kita bersedih

hidup ibarat roda. kadang kadang kita kat atas n kadang kadang kita kat bawah. semua tak dapat nak lari daripada karma ni. Tuhan tu Maha Adil. Dia akan bagi kita gembira n bagi kita sedih jugak. sebab Dia tak nak kita lupa diri. =)
so, time pasangan kita berada di bawah ni lah sangat penting untuk kita dapatkan kembali semangat dan harapan pasangan kita tu. jangan la tinggalkan pasangan kita time dia sedih. sebab itu akan membuatkan dia lagi down. so, cari lah apa jua cara sekalipon untk hiburkan hati pasangan kita. antaranya, boleh bawak dia pergi jalan jalan dan berhibur untuk melupakan kesedihannya.(aku kira jalan ja, kan feveret aku tu =p) mungkin ini jalan yang terbaik sebab kekasih selalunya nak pasangan masing masing membantu dan bagi dorongan masa depa sedih ni.  kita mestilah bersama dalam suka dan duka. bukan time senang ja nak selalu dengan pasangan kita, tapi kena selalu ada walaupon time susah. oke dear? =)
p/s:incik kekasih yang selalu baak aku jalan jalan, kalau dia sedih cena aku nak bawak dia jalan2? =.="
(kena cari alternatif lain =)




time pasangan kita bersama dengan kawan kawan

kita tak perlu berkepit 24 jam sehari n 7 hari seminggu dengan pasangan kita. ada masa, kita perlu bagi ruang dekat pasangan masing masing untuk bersosial jugak. bersosial kat sini bermaksud bersama kawan kawan, bukannya bersosial tak bertempat oke. kalau bersosial tak bertempat tu aku pon tak benarkan =p
time pasangan kita dok dengan kawan kawan, jangan lak kita dok pi merengek rengek nak suruh dia teman kita time tu. bagi la chance kat dia untuk bersama kawan kawan dia jugak. kita nie mestilah bersifat positif. i mean positive thingking. mana nak tau dia nak jumpa kawan kawan untuk buat study group ka, nak cari lubang lubang pekerjaan yang lebih bagi untuk menambah sumber pendapatan. ala, semua tu pon untuk kita jugak kan. so, think positive!! =)





time pasangan sibuk dengan hobi

semua orang ada hobi yang berbeza beza. kita tak boleh nak sekat apa yang di sukai oleh pasangan kita. aku tau ada dalam kalangan kita sengaja mengenakan syarat untuk dia meninggalkan hobi dia kalau nak terus bersama lagi. kesian dia. sangatlah tidak adil bagi dia. cuba bayangkan kalau dia yang mengenakan syarat yang sama untuk kita? kita nak pilih yang mana, hobi tetap sayang, dia lagi la kita sayang kan. very hard decision right?? so, selagi hobi dia dapat membuatkan dia gembira apa salahnya dia teruskan. kita mesti nak orang yang kita sayang selalu gembira kana? =)
sebaik-baiknya apa kata kita cuba memahami dan turut berkongsi  hobi yang sama dengan pasangan kita. bukankah hubungan akan menjadi lebih mesra dan kita akan lebih bahagia? =)
p/s: saya akan menyukai sukan bola sepak lepas nie.incik kekasih saya minat sangat dengan bola sepak =)





time pasangan kita bersama keluarga

ini paling penting. janganlah sesekali kita  menjadi penghalang untuk pasangan kita bertemu dengan keluarga dia. kalaupon pasangan kita dah berjanji untuk makan malam dengan kita pada hujung minggu akan datang n pada masa tu jugak kebetulan keluarga si dia memerlukannya berada bersama keluarga. so, kita kena bagi keutamaan kepada keluarga pasangan kita dahulu. kalau pasangan kita sedang bersama sama dengan family , janganlah kita berkecil hati. sebab keluarga si dia adalah keluarga kita jugak. family to be la senang cakap. :)
(aku pernah merajuk sebab tak di layan padahal incik kekasih berada dengan keluarga time tu, tapi bila di pikirkan balik, sengalnyaaaaaaaa aku time tu :D )
so, aku tak nak pisang berbuah dua kali. aku akan lebih memahami dan menghoramati hak privacy dia jugak. korang pon kena macam tu la. =)










thats all. semoga hubungan kita berkekalan untuk selamanya =)

Thursday, February 10, 2011

macam macam :D

salam semua.

minggu ni, minggu depan adalah hari yang tersangat busy bagi aku. eh2. bukan 2 minggu nie ja.aku akan busy untuk minggu minggu akan datang jugak sampai la final exam habis. lepas nie, test dan exam silih berganti. bayangkan aku amek 3 paper math sem nie. tersangat lah memenatkan. =.=" sampai la cuti 4 bulan tu. huwaaaaa. tak sabarnya. :( tapi lambat lagi. kena menempuh macam2 dulu nak cuti pon. =.=" 
tapi macam perli aku la pulak kan. cuti terlampau lama la pulak. perancangan untuk cuti 4 bulan tu tak tau lagi nak buat apa. kumpul duit kot. nak kawen ^^. hahahaha. :)


btw, semalam hari yang agak teruk la. test differential equation (DE) yang sangat susah, amek test tapi macam dah menjawab untuk final exam. =.=" tak dapat nak gambarkan betapa susahnya test tu. bagi orang lain aku tak sure la kan depa dapat jawab or tak. tapi yang pasti semua keluar dewan dengan tidak berkata kata la.
-.- (speechless)


selain daripada itu, adek aku yang bongsu, alip patah tangan. angkara main rugby. huwaaaa.kesiannya dia. so, mak abah aku bertolak ke kl semalam nak pi melawat dia, mujurlah, hari ni n esok aku masih ada kelas. kalau tak , aku memang ikut sama la kan. =)
tapi kalau mak aku rela nak datang amek aku , aku sanggup ja tak pi kelas. wahaha. :P
semoga alip cepat sembuh. aku nak tengok dia cergas lagi n aku nak dia sihat macam selalu. sebab dia rajin nak tolong aku kalau aku mintak tolong buat apa apa. so, cepat sembuh ya. n jangan serik untuk bersukan lagi. i mean sukan lain selain rugby, sebab aku pon fobia dengan sukan rugby nie. ganas lain macam ja. dah la adek aku tu kecik ja. kecik macam aku la kalau korang nak tau. huahahaa =P



alip, comel macam aku kan? ^^



______________________________________________________________




doakan aku bahagia selamanya dengan yang tersayang oke? =)


 we are holding hands for 5 months and 5 days =)


:D


p/s: akan busy lepas nie.so akan jarang update blog nie

Sunday, September 19, 2010

i love you! :)

I love you because you make me happy
I love you because you make me feel safe and secure
I love your smile
I love the way you say my name
I love the look in your eyes when you tell me you love me
And how you laugh at me when I do something stupid, when others would put me down.
I love the fact that when I'm around you I can be myself and not worry
about what you may think of me, because I know you love me for who I am.
No matter what my faults may be.
I love being able to wake up with you by my side...
It makes my days better
I love hearing you take each breath, and
feeling your heart beat with the palm of my hand... reality hits that you
are not a dream YOU ARE MINE.
I love the way you wrap your arms around me and hold me really tight, like
there is no tomorrow
And I love the way I feel the love and emotions that go through me at that moment are unexplainable.
I love your laugh
I love hearing your voice
I love that you get along with my family and friend, no matter how much
you dislike them, or who they are.
And hearing you tell me your stories, you could tell them to me a thousand
times, and I will never get tired of them, because they are a part of you.

But the main reason I love you is because.....

You are you! 

i love you,
IKHWAN HANIF BIN ISMAIL :)



Monday, August 23, 2010

fantasi cinta :)

selamat tinggal fantasi cinta.. :)

aku ada terbaca sesuatu yang menaikkan semangat aku. ya! bersemangat dengan tiba-tiba. so, nak share dengan anda yang berada 'di atas bot bersama saya'. =)

andai sudah jelas lagi nyata bahawa lelaki yang kita cintai bukanlah lelaki yang terbaik untuk kita, tak usahlah membuang masa untuk terus mahu bersamnya.. sebab DIA tahu mna yang terbaik untuk kita. :)
apa pon yang kita buat, perkara pertama pikirlah tentang diri sendiri jugak okeyh.. :)
percayalah, andai dia yang terbaik untuk kita, takkan ada sesaat pon dia menyakiti hati kita. so, hentikan semua ilusi dan berpeganglah kepada prinsip2 yang insyALLAH pasti akan membahagiakan kita. :)

ilusi tersebut termasuklah:-

1. "belum pernah ada lelaki lain yang menyayangi aku sebaik dia"
lelaki yang bijak berkata-kata sudah pasti boleh menjadi super duper baik. dia melakukan semua perkara dengan teratur agar kita sedikit pon tak mensyakinya. so, kita harus ingatkan diri kita bahawa sebarang kebaikan yang dia lakukan bukan untuk kita semata-mata tetapi untuk kepentingan dia semata-mata.
pegang pada prinsip: "aku layak untuk disayangi. pasti ada lelaki lain yang akan menyayangi aku lebih baik dari si dia."

2. "si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
jangan pernah bermimpi kita akan dapat megubah seseorang apatah lagi si dia yang sememangnya terkenal dengan sikap playboynya.setiap orang harus berubah dari dalam diri sendiri dan bukan kerana orang lain. memang bohong kalau si dia gitau hanya kamu yang dapat mengubahnya.
pegang pada prinsip: "aku takkan menunggu dia terlalu lama sampai berubah. waktuku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hanya menunggunya."

3. "aku masih bahagia sekarang"
dia masih baik mungkin untuk saat ini sahaja. esok atau lusa belum terjamin. bagi kita, selagi tidak dipukul kita masih boleh terus bertahan. tapi kita kena ingat si dia telah menyiksa mental kita tanpa disedari.
pegang pada prinsip: "suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti kamu seperti mana dilakukannya pada orang lain sebelum ini."

4. "di masa akan datang aku tak mungkin temui lelaki sesempurna dia"
kita rasa si dia punya segala-galanya. biarpon dia banyak melukakanmu namun kerana apa yang dimiliki kita sanggup terus bersabar. hello?? tak da manusia yang sempurnalah. 
pegang pada prinsip: "aku yakin boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia."

5. "semua orang perlu diberi peluang kedua"
betul! tapi kita mesti pikirkan n kasihankan diri kita jugak kan. tak perlu nak mengorbankan dan menjerat diri. bercinta bukan penjara. kita boleh beri peluang kedua dengan hanya berkawan dan membantu mendengar masalahnya tetapi bukan dengan menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
pegang pada prinsip: "dia boleh dapat peluang kediua tetapi bukan dengan aku."

6. "semua orang mempunyai kekurangan, begitu juga dgn dia."
kalimah inilah yang sering memerangkap kita dengan lelaki buaya. tidak perlu menerima kekurangan seseorang itu andai ianya amat merugikan kita. kalau kekurangan itu hanay kecil-kecilan seperti tak boleh bgn pagi atau suka tido masih boleh diterima, tetapi kalau kaki perempuan atau kaki botol macamna?? pokok pangakalnya, jangan menyusahkan diri sendiri.
pegang pada prinsip: "kalau kekurangan itu menyakitkan sebaiknya berpisah sahajalah."

7. "sekiranya dia bersama aku pasti dia tidak akan menjadi jahat seperti dulu."
memang baik andai kita disayangi olehnya dan dia boleh apa yang ditetapkan untuknya. tetapi janganlah terlalu yakin. kalau si dia memang lelaki jenis liar. bukan mudah untuk menjinakkannya. kita mungkin menjadi orang yang berterus-terusan berkorban dan hasilnya sentiasa menghampakan. 
pegang pada prinsip: "andai dia boleh menyakiti hati orang lain, kenapa tidak dengan aku."

8. "kami telah berkongsi banyak hal bersama-sama, sayang andainya hubungan ini berakhir begitu sahaja."
anggap saja semua hal yang kita kongsi bersamanya diberikan dengan ikhlas. jangan takut merasa rugi andai kita putus dengannya kerana kerugian akan semakin bertambah kalau tetap bertahan dengannya. 
pegang pada prinsip: "pengorbanan aku untuk dia cukup sampai di sini."

9. "aku terlalu mencintainya. tidak akan ada yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah."
alasan ini memg slalu kita dengar. kita belum mencuba berkenalan dengan lelaki lain. bukalah pintu hati seluas-luasnya.jangan bergantung hidup hanya pada seorang. dunia terlalu laus untuk diterokai.
pegang pada prinsip: "aku masih muda, masih banyak kesempatan untuk aku mencuba berkenalan dengan lelaki lain."




Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun berkorban biarlah ada hadnya dan bersabar beiarlah berpada-pada. Jangan sakiti hati kita lagi... :)



percayalah, kita kan temui cinta sejati apabila tiba saatnya nanti. =)



Tuesday, August 17, 2010

cinta sejati

"I Love You".. mudah untuk diungkapkan.semudah mengenal ABC, semudah belajar 123.
tapi sampai bila ia mudah untuk diungkapkan??
cuma setakat sebulan bercinta? 2 bulan? setahun? setahun setengah?? atau setakat manakah ungkapan itu mampu diucapkan? terutama untuk orang yang sama.
untuk bermula bercinta tak susah. yang susahnya untuk mempertahankan rasa cinta itu. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk mempertahankan tak akan berkekalan selamanya. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk memahami sebelah pihak yang lain juga tidak akan bertahan lama.
saat awal bercinta semuanya indah."kentut pon wangi' -.-
apabila dah masuk setahun perangai masing2 yang sebenar2nya sudah dapat dikenal pasti. masa ni lah selalu berlakunya pergaduhan. benda yang remeh dan simple pon boleh jadi masalah yang besar. masing-masing takmau mengaku kalah dan merasakan apa yang mereka buat semuannya betol (tidak mahu beralah). sebenarnya, untuk kekalkan hubungan percintaan dalam masa setahun pon dah cukup susah. tu baru bercinta. kalau dah berkahwin pula lain  ceritanya. masalah lagi akan banyak. untuk mendapatkan keserasian sangatlah susah terutama di awal perkahwinan. sebab time tu baru nak bermula belajar hidup berdikari dengan pasangan masing-masing. hmmm. sebenarnya, aku 'tabik spring' lah kepada orang-orang yang bercinta lama ni dan hubungan masih macam di awal percintaan. sebab selalunya orang kata apabila bercinta dah lama, hangat bercinta tu taklah macam mula-mula bercinta. semakin lama, semakin suam2 kuku ja.:)
 tapi at least mereka berjaya mempertahankan hubungan itu walaupun tidak sehangat masa dulu (awal bercinta).
 untuk diri aku, aku selalu mengharapkan macam tu. hehe. :) tapi sayangnya aku pon gagal hadapi dugaan di tengah jalan. tidak sehaluan lagi apabila tiba di persimpangan. tidak mengambil laluan yang sama lagi. semoga, masih ada lagi simpang-simpang di hadapan yang akan mencantum semula laluan yang pernah terpisah itu sebelum sampai di penghujungnya. :) andai laluan itu kutemu semula, aku tak akan berfikir dua kali untuk melaluinya lagi. akan ku harung hingga ke penghujungnya...dalam erti kata lain, kutemu cinta sejati...sampai akhir hayat.. :)


aku nak macam ni. bersama hingga ke akhir hayat. :)



tapi persoalannya, wujudkah cinta sejati itu???
ask yourself..... :)

Saturday, May 15, 2010

crash~

serba tidak kena, serba tidak menjadi segala permainan dan strategi yg dilakukan oleh pemain negara.
itu mungkin sebab mengapa MALAYSIA kalah 0-3 di tangan CHINA dalam aksi separuh akhir piala thomas mlm td.
so, CHINA akan bertemu INDONESIA di final. =)
MALAYSIA masih belum cukup kuat untuk 'meruntuhkan tembok besar china'.
LIN DAN malam tadi memg 'menjadi' smpai DATUK LEE CHONG WEI ta mampu menewaskannya walaupon di halaman sendiri dan kelebihan sorakan penyokong MALAYSIA~
apapon, apa yang dah berlaku tetap berlaku. nothing else that we can say.
cuma, "CUBA LAGI NANTI"  ◕ ‿ ◕

itu bab PIALA THOMAS..
act, aku baru balik dari tengok sepupu aku, abang noh kat nami.
dia sakit agak teruk sampai tak boleh berjalan dengan sendiri, perlu orang pimpim.
tapi anehnya, bila bawak pergi jumpa doktor kat hospital cakap takde sakit apa2. cuma angin.
emmm.. pelik~
yang pasti semua yang berlaku kehendakNYA.
ALLAH boleh nak bagi kita sakit atau sihat.
apa yang penting kerjasama (ala2 wonderpet)
errrr~ tade kaitan~
taklah, yang penting kita berdoa diberi kesihatan buat kita dan orang2 tersayang. ◕ ‿ ◕ 

______________________________________________________________________

by the way, dalam kekeliruan..
tade laaa... entah laa... aku sendiri pon taktau (ni memg tatau nak cakap pe) haha =)

http://www.emocutez.com

i ended this post with,

"if i never met u, i wudnt like u, if i didnt like u, i wudnt love u. if i didnt love, i wudnt miss u.
But i did, i do n i will"

"meeting u was a fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you i had no control over"






 

Sunday, February 21, 2010

i just want one more day with u

Estoy muy triste y deprimida
Es todo lo que quiero hacer es el descanso

Me voy a dormir por la noche

Pero mis sueños no puedo luchar


Pienso en ti acostada en la cama

Y me pregunto si hay algo que yo podría haber dicho

Me gustaría que estuviera aquí

Pero yo sé que usted todavía está cerca de


Me gusta más de lo que usted sabe

Sólo deseo que usted no tiene que ir

Sólo quiero un día más con ustedes

y voy a demostrar lo mucho que te amo


Te extraño más y más cada día

Hay mucho más que teníamos que decir

Yo sé que te volveré a ver

Pero mi vida se acaba de empezar a empezar.


translation:


I'm so sad and depressed

Is all I want to do is rest

I go to sleep at night

But my dreams I just can't fight


I think of you lying in that bed

And wonder if there is anything I could have said

I wish you were still here

But I know that you are still near


I love you more than you know

I just wish you didn't have to go

I just want one more day with you

And i will prove how much i love you


I miss you more and more each day

There is so much more we had to say

I know I will see you again

But my life is just started to begin.

Myspace Page Dividers

Monday, February 15, 2010

so?

people always asked me either:

A) you love him
B) you hate him

my usual answer??

all of the above....

so???
if i hate you so much
why do i still love you???

wallahualam.......

Sunday, February 14, 2010

love2

sedang tgk2 emotion cute..
ada tjmpe la bnde cumell..hee..
so, trus fikiran mlyg jauhhh..............

http://www.emocutez.com

haih2~
love2...
tetibe winduuuu~

so stop dulu...
tanak seksa hati n perasaanku sniri...
cian hatiku ni..
hahahaha..=))

Monday, February 1, 2010

definisi cinta.lalala♥

mau berjiwang2 jap~ lalala~ definisi2 CINTA:-

♥ cinta adalah ketika kamu mentiskan air mata tetapi kamu masih peduli tehadapnya
♥ cinta adalah ketika dia tak mempedulikan kamu,kamu masih menunggu dgn setia
♥ cinta adalah ketika dia mulai mencintai org lain dan kamu masih bisa tersenyum smbil berkata,"aku turut bahagia untukmu"
♥ cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis dibibir tetapi ia tertumpah drp seseorang kpd seseorang didlm doa
♥ cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya cuma seketika, ketika masih pns aromanya wangi dan sdp rsanya tetapi kopi yg sjuk keenakannya hilg n mnutup slera *mcm kopi cinta boleh jadi tawar,pahit atau manis bgantung pd bancuhannya*
♥ cinta yg dtg umpama pelangi ceria dgn 7 warna yg mmukau,cinta hadir saat mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya
♥ cinta bukan paksaan ,ia lahir dari 2 perasaan,kehadirannya x diundang n perginya xda siapa yg merelakan
♥ cinta itu adalah 2 jiwa dlm 1 fikiran dan 2 hati dlm 1 debaran

♥ cinta yg suci xdtg dri tabiatnya maka xguna cinta yg dibuat2, syg xbmksd cinta,suka xserasi dgn cinta,kagum xbererti cinta,bangga xsmestinya cinta~cinta adalah cinta~
♥ cinta adalah spt sinar mtahari, memberi tnpa mgharap kmbali n x memilih sapa yg ia sinari

♥ cinta itu indah, cinta itu boleh wat kita gundah, cinta wat hati berdarah dan cinta jgk membawa kesalan yang tak sudah
act it depend pd individu ntk tafsirkannya.. renung2kan dan selamat beramal..haha
*sumber:petikan msg2 dari kwn2*