hit me :)

Followers

Sunday, August 5, 2018

Day 1 di Perth

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.


Hari tu aku dah cerita bajet secara kasar untuk dua orang (aku dan suami) ke Perth. So hari ni sambungan entry tu nak ceritakan itinerary hari pertama di sana pula. Bagi yang belum baca entry lepas boleh klik link di bawah. ๐Ÿ˜Š

Tips dan bajet ke Perth, Australia


Okay, now aku akan cerita day by day itinerary aku ke Perth.

Day 1 : 6 Disember 2017

Flight kami pukul 12.30 pagi dari KL, so sampai Perth lebih kurang pukul 5.30 pagi. Sebelum sampai tu, kita kena isi satu borang nak declare barang-barang yang dibawa and then cabin crew akan sembur something (Australia sangat pentingkan kebersihan, mereka takot kalau ada penyakit atau apa-apa infection yang dibawa oleh traveller yang datang Australia. So kita follow je apa yang diorang suruh buat ๐Ÿ˜Š

Arrival, posing dulu ๐Ÿ˜Š

Okay,bila dah sampai, kami beratur nak tunggu setel imegresen. Btw, lupa nak bagi tau dalam previous entry. Jangan lupa buat check list semua barang yang di bawa masuk ke Australia.  Kami declare semua benda yang dibawa termasuklah ubat-ubat, makanan (kami masukkan sekali ingredient). Aku buat declaration list ni dalam bentuk jadual so terus bagi pada pegawai imegresen kat sana. Dia ambil dan teruja dan sempat puji kami sebab aku buat jadual yang sangat details termasuk ingredient setiap barang yang dibawa. So dia tak check dah beg kami, terus lepas. Aku perasan pelancong yang beratur di lane sebelah kami tu diorang check sangat detail. Kena bukak beg dan tunjuk setiap benda satu persatu. Pergh. Bersyukur sangat urusan kami di imegresen tu berjalan lancar.


Selepas tu, kami turun bawah dan pergi ke surau airport. Turun je tingkat bawah terus ke kiri dan akan nampak surau. Surau ni kena share lelaki dan perempuan. So kami perempuan solat dulu, husband2 tunggu di luar jaga line. And then diorang pula solat.


Selepas solat, kami beli simkad OPTUS di kedai telefon dalam airport tu jugak. Kami beli untuk 5 days usage berharga AUD10. Aku dan suami beli satu je sebab boleh buat wifi hotspot. So tak perlu bazir nak beli sampai dua simkad ๐Ÿ˜Š


Selepas dah setel mandi di airport (ada shower room), kami call syarikat kereta sewa dan mereka akan suruh kita keluar tunggu di luar aiport berdekatan bus stop. Nanti akan ada wakil dari syarikat kereta sewa pickup kita dan bawa ke pejabat ARIES CAR RENTAL untuk ambil kereta sewa dan tanda tangan perjanjian sewa kereta.



Di luar airport Perth

Sementara tunggu orang kereta
 sewa datang ambil kami ๐Ÿ˜…


Selesai semuanya, kami terus ke Woolworth, kalau di Malaysia kira macam TESCO la. Kami ke supermarket tu nak beli barang-barang rumah (untuk memasak) dan nak beli makanan sebab dah lapar. Disebabkan taktau roti yang halal kat situ, kami tanya la orang situ tanya roti mana yang halal. Kami beli air minuman DARE (boleh dikatakan minuman yang mesti beli kalau mai australia ni). Sedappppp! Especially bagi peminat coffee macam aku. Haha.


Air dare. My favourite ๐Ÿ˜Š


Selepas dah puas shopping kami gerak ke WATERTOWN BRAND OUTLET. Saja nak survey harga barang di sana. Harga barang masa kami pi tu taklah murah sangat. Takde sale masa tu. So, kami takdela shopping banyak sangat. Just a few shoes, baju husband. Pastu ada jugak la ambil gambar beberapa barang yang kami rasa murah untuk forward pada keluarga dan kawan-kawan in case ada yang nak pesan tolong belikan nanti. Hehe. Then, selepas tu aku dan husband beli kebab di kedai Turki dalam outlet tu. Harganya AUD11. Not bad lah rasa kebab tu. Maybe sebab kami tengah lapar๐Ÿ˜…


Watertown brand outlet

Kami beli kebab di Ispa Kebab ni


Selepas tu, kami ke CAVERSHAM WILDLIFE PARK. Tiket masuk AUD58. Nanti lepas pintu masuk, dia akan bagi pamplet. So kita boleh tengok la pukul berapa akan ada pertunjukan dan feeding time haiwan-haiwan di sana dan sebagainya. Ada pertunjukan, boleh tengok dan pegang kanggaroo dan koala. Ada jugak haiwan paling happy dalam dunia , iaitu quokka. Tapi boleh tengok dari jauh je sebab dia duduk dalam sangkar. Muka quokka ni memang sentiasa senyum, sebab tu kot dipanggil haiwan paling happy. Haha. Ada banyak lagi haiwan yang boleh dilihat disini. Kami spend lebih kurang 3 jam jugak kot kat sini.


Entrance with my travel buddies ๐Ÿ˜Š

Selfie with the famous kanggaroo. Bukti mai Aussie๐Ÿ˜

With koala. Beratur panjang
 nak bergambar dengan dia๐Ÿ˜†


Setelah penat bermain dengan tuan rumah Aussie (read:kanggaroo๐Ÿ˜), kami ke MARGARET RIVER cHOCOLATE AND CO. Lokasinya tak jauh dah daripada carversham wildlife park tadi. Datang ni semata-mata nak kill time (mengahbiskan masa untuk check in). Di sini just bergambar dan tengok pokok anggur. Sebab sebelah kedai coklat ni ada kedai wain. Kami haus, so beli air mineral dalam kedai coklat tu. Beli yang botol besar (AUD7 = RM21) . Disebabkan terkejut dan haus, beli jugak la. Haha. Kalau di botol tu ada tulis harga confirm tak beli tapi pergi nak bayar baru cashier bagi tau harga, almost pengsan dengar harga ๐Ÿ˜‚ selain tu, kami ada try coklat percuma. Tu je la. Takde beli apa pon lagi.


Entrance Margaret River Chocolate Co


Selepas tu, dalam pukul 5 petang, kami ke homestay yang dah ditempah. Kebetulan, aku lupa bagi tau kat tuan rumah nak check in awal. Tu yang kena tunggu agak lambat sebelum masuk ke rumah. Sebab owner rumah nak kemas rumah dulu. Sebab sebelum kami masuk, ada penyewa lain baru keluar.


Sampai je rumah, mandi, solat jamak asar dan zohor. Kemudian selepas solat maghrib kami keluar ke bandar Perth. Nak tengok night life di Perth. Kami ke ELIZABETH QUAY, BELL TOWER, pusing-pusing area MURRAY STREET DAN HAY STREET.  Selepas dah penat, kami gerak balik rumah. Sampai rumah, solat dan terus tidur ๐Ÿ˜…


Belakang kami adalah Bell Tower

Elizabeth Quay

Perth at night

Murray Street at night


Thats all untuk hari pertama di Perth. Jadual yang padat. Tapi okay la. Hehe. Btw, kami guna waze je untuk direction ke semua tempat tu. Sebab syarikat kereta sewa kata tak berbaloi ambil GPS, mereka suruh guna waze lagi jimat, kat Australia ni capaian internet laju walaupun tempat pedalaman or dalam hutan, so inshaAllah kita tak sesat. ๐Ÿ˜Š


Thanks for reading. Coming up next, itinerary hari kedua di Perth.๐Ÿ˜


Till next entry.


Written by,
F

Tips dan Bajet ke Perth, Australia

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. ๐Ÿ˜Š

Hari ni rasa nak update blog cerita tentang last year trip ke Perth, Australia. Kami pergi berempat, dua couple. Aku and my husband, my friend dengan her husband.  Okay, aku cerita dulu tentang perbelanjaan keseluruhan untuk dua orang sahaja (aku dan suami) so, semua harga yang tertera merupakan kos 2 person eh. So kalau nak tau kos untuk seorang sahaja berapa, bahagi sendiri la ye ๐Ÿ˜…

-aku sarankan kalau nak lebih jimat , share perbelanjaan dengan kawan. A group of four is the best. Boleh sewa 1 rumah dan sewa 1 kereta sahaja. So dapat jimat banyak la.

Kos BERDUA(kos per COUPLE)

๐ŸŒท Tiket flight pen - kul - pen (beli last minit tu mahai๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ) : RM 525.18
๐ŸŒท Tiket flight KUL - PERTH - KUL (termasuk bagasi dan makanan) : RM1401
๐ŸŒท Travel insurans AIG (tak boleh guna yang kerajaan sbb dah guna masa g Mekah pada pertengahan 2017 hari tu) : RM140
๐ŸŒท VISA : RM40
๐ŸŒท CAR RENTAL utk 5 hari : AUD147.25
๐ŸŒท HOMESTAY, dekat dengan bandar Perth (5 hari) : RM814.08
๐ŸŒท minyak kereta : AUD 53.2
๐ŸŒท Barang dapur : AUD 45.97

Flight dari Penang ke Kuala Lumpur return dan flight dari Kuala Lumpur ke Perth return both flight Air Asia. Sebab masa beli airline tu sahaja yang ada sale ๐Ÿ˜Š kami beli tiket flight KUL - PERTH awal jugak la, dalam 8 bulan sebelum penerbangan. Memang murah sgt masa beli ni, return untuk dua orang 500 lebih sahaja. Masa ni duit cukup-cukup untuk beli tiket return berdua tanpa makanan dan bagasi. So kami add on kemudian lah bagasi dan makanan ke sana.

(tips: jangan keluarkan duit seketoi nak beli flight, penginapan, transport semua tu sekaligus. Buat step by step. Mula sekali beli tiket flight ja dulu. Then bulan seterusnya sewa penginapan pula, bulan seterusnya sewa kereta pulak and so on. So memang tak terasa sangat la kos nak pergi sana)

Kami pergi 5-9 Disember 2017, masa ni sebenarnya early summer di australia. Suhu tak terlalu panas atau sejuk sangat. So pakaian biasa je la, pakaian harian macam dok di malaysia. Masa ni lalat dah start ada dah kat sana especially kat kawasan tepi laut. Tak tau la kenapa tapi memang sebelum pergi pon dah baca kat blog, summer di australia banyak lalat. Haha tapi dont worry. Takde bau busuk apa pon okay ๐Ÿ˜†


3 bulan sebelum penerbangan, kami cari homestay untuk di sewa, sewa melalui website airbnb. Tuan rumah nama Allan. Rumah dia sangat selesa dan cantik,sesuai lah untuk berempat(2couple) sebab ada dua bilik. Sepanjang kat sana takde jumpa Allan pon, sebab masa sampai tu kami self check in. Dia tinggalkan kunci dalam peti depan rumah dia (kami sampai sana baru dia bagi tau password peti tu). Penginapan yang kami sewa tu terletak di area perumahan Highgate. Dekat dengan bandar jugak. So memang senang la kami nak keluar bergerak lepak kat bandar malam-malam. Haha


Kereta pula, kami sewa dengan syarikat kereta ARIES CAR RENTAL , owner dia orang Malaysia, kalau tak silap Chinese Johor. So basically, senang je nak sewa ni. Just pergi di website aries tu, pilih kereta yang nak (pilih yang sesuai dengan bilangan traveller). Disebabkan kami pergi berempat, barang pon agak banyak. So kami saja pilih kereta sedan yang bonet besar. Boleh sumbat bagasi yang banyak๐Ÿ˜…
kami sewa kereta jenis hyundai accent auto
Btw, kita boleh pilih sendiri nak pickup kereta dan drop off kereta di mana. So memang senang la.

Nak sewa kereta ni tak kisah nak guna debit kad atau kredit kad. Kami guna debit kad je. Dia akan potong siap-siap harga untuk sewa kereta 1 hari. Ni dikira booking la. Baki pulak dia akan potong daripada debit kad 7 hari sebelum fly. So , make sure nanti ada duit la dalam debit kad tu. Hehe
Sebelum nak booking tu make sure kita pergi ke atm dan aktifkan pengeluaran duit di luar negara, so nanti syarikat kereta boleh potong duit kita. Kami hari tu taktau kena aktifkan di atm tu, so bila booking syarikat kereta bagi tau kena aktifkan dulu sebab mereka tak boleh nak direct potong duit dari akaun. So takes time jugak la kena pergi atm n book again๐Ÿ˜Š Alhamdulillah setel jugak bab ni. Selain tu, nanti masa sampai sana kita kena bayar 400aud untuk bond (boleh bayar guna debit kad atau kredit kad) Bond ni sebenarnya guarantee la takot kereta yang kita bawak kemalangan atau kena saman atau apa. Kalau selepas return kereta okay, saman takda dia akan pulangkan semua duit bond ni. So dont worry okay. Tapi takes time jugak nak dapat duit tu semula. Dalam 2-3 minggu selepas kita balik malaysia.


Pickup kereta sewa ๐Ÿ˜Š



Bab visa pulak, kami apply 2 bulan sebelum fly. Rm20 je untuk seorang. Kena apply awal ye takot ada problem visa tak approved ke apa, kita boleh setel sebelum fly. Kami apply di website wiya Travel. Memang mudah dan dipercayai ๐Ÿ˜Š


Okay, aku rasa ni sahaja persiapan yang diperlukan sebelum fly .Nanti untuk next entry aku akan ceritakan itinerary setiap hari pulak dan bajet tempat lawatan(kalau diperlukan tiket) serta tempat makan yang kami try di sana.


Secara keseluruhannya, Perth sangat lah mendamaikan. No wonder lah ramai rakyat Malaysia migrate ke sana. Im in love. Surely kalau ada rezeki lebih aku nak pergi sana lagi , again and again.

Arrival..
Teaser dulu, gambar pemandangan cantik-cantik coming up next ๐Ÿ˜…



Thats all for now.


Dear,
F



Friday, August 3, 2018

Love is in the air :)

           “Love ain’t about gifts. It ain’t about money. It ain’t about those kisses you had under the rain , or while the fireworks is filling the sky. It ain’t about the flowers you give. It ain’t about how big the surprise you give. It ain’t about how huge the diamond on the ring. Its about how much you can’t wait to see each other daily. Its about how much you want each other at the side every second. Its about how you can’t sleep and staring at each other cause you just got into a fight. Its all those small little moments you had that add it up to so BIG that makes love beautiful. Love is so powerful that even if he/she is not near you but you’re still able to feel him/her just right beside you. This is the power of LOVE .”

my love, my other half :)


#currently he's not here with me because attend kursus for 10 days . yeah, this is me missing him and updating my blog after a few years. im planning to be active again in blogging. will update about travelling to Perth couple of months ago soon :) looking forward to share my experience there :)


best regards,
F

Thursday, October 3, 2013

a letter from mother and father

my child,

when i get old, i hope you understand and have patience with me.
in case i break the plate, or spoil soup on the table because i'm losing my eyesight.
i hope you don't yell at me.
older people are sensitive, always have self pity when you yell.
when my hearing get worse and i can't hear what you are saying.
i hope you don't called me "Deaf!".
please repeat what you said and write it down.

i'm sorry, my child.
i'm getting older.
when my knees get weaker, i hope you have the patience to help me get up.
like how i used to help you while you were little, learning how to walk.
please bear with me. when i keep repeating myself like a broken record.
i hope you just keep listening to me.
please don't make fun of me, or get sick of listening to me.

do you remember when you were little and you wanted a balloon?
you repeated yourself over and over until you get what you wanted.
please also pardon my smell as well. i smell like an old person.
please don't force me to shower.
my body is weak.
old people get sick easily when they are cold. i hope i don't gross you out.

do you remember when you were little?
i used to chase you around because you didn't want to shower.
i hope you can be patient with me when i'm always cranky. it is all part of getting old.
you'll understand when you are older.
and if you have spare time, i hope we can talk even a few minutes.
i'm always all by myself all the time and have no one to talk to.
i know you are busy with work.
even if you are not interested with my stories, please have time for me.

do you remember when you were little?
i used to listen to your stories about teddy bear.
when the time comes, and i get ill and bedridden.
i hope you have the patience to take care of me.
i'm sorry if i accidentally wet the bed or make a mess.
i hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life.
i'm not going to last much longer, anyway.
when the time of my death comes.
i hope you hold my hand and give me strength to face death.

and don't worry.
when i finally met out Creator.
i will whisper to Him to bless you.
because you love your mom and dad.
thank you so much for your care.
we love you.

dear my future husband, i wanna grow old with you :)




published,
F

my Graduation day

salam, hye guys. sorry because i have been busy lately and do not have time to update this blog. today im back n i wanna share something with u guys. actually, a few days ago, im officially graduated from Universiti Sains Malaysia in Bachelor of Science Education majoring in Maths n minor in Chemistry. im glad that i did it. i make my parents proud of me even though i did not have degree in medical field like my sis n my lil sis did. im proud of myself because finished my degree earlier than my sister. well,its not my fault that u take the course that is so long to study =P.

btw, only my parents and my fiancee have chance to come to my graduations day. im a bit sad but its ok, as long as they pray for me from far, its enough for me. mak, abah, kak own, wa, adam, adik, my fiancee, relatives, friends,teachers,lecturers and everybody that contribute to my success until i finished my degree, thank you so much. i appreciate all your support. this is for u guys especially to my parents. i love both of u very much. thank you for being a supportive and understanding parents to me. u are the best! i love u guys so much!

after i finished my degree, im thinking to continue my studies in masters but maybe i have to delay that for a moments. i want to have a job first and im planning to continue my studies after a few years :D frankly speaking, i want to make money first and getting marry :D hoho.



thats all for now, thank you for reading :D



published,
F

Saturday, May 19, 2012

3D drawings. AWESOME !

salam sabtu semua. and selamat pagi.

btw, jangan terkejut, aku bangun awal pagi ni bukan sebab apa. sebab tak boleh nak tidor, n ditambah pulak dengan sakit perut. huhuhu. tak tau la apa punca. semalam aku pi FIESRA (fiesta utara). ada la makanan utara. kat DUP(dewan utama pelajar). rasanya aku tak da la makan pelik-pelik pon tapi sakit perut. aku makan char kuew tiaw, mee udang, n rojak buah JA PON. =) bukannya banyak sangat kan. haha

tapi pagi ni dah dua kali aku ke tandas. demmmm.=,=

so, disebabkan takleh tidor, aku nak la upload something untung dikongsi bersama. mungkin korang semua dah penah tengok gambar-gambar yang aku nak upload ni. mungkin gambar yang lagi awesome yang korang pernah tengok daripada apa yang aku upload ni. apapun layan je la okay beberapa kepinggambar 3D ni. bagi aku, memang awesome lah =)


real kan? nampak macam diorang betol-betol sedang berada dalam jeram. =)

"hello kid, u looks very cute, i feel like wanna eat you" :")

NICE one ! looks real.

dont you think that girl is hot? hehe. btw, this picture is also COOL !

hot cartoon in the pond. cool ! =)

for me, this is the most real picture. i really like this one. fantastic ! =)

wow, a globe! haha

awesome !
 

memang pelukis-pelukis ni hebat kan. diorang dapat menterjemahkan sebuah gambar bagi nampak macam benda tu real. memang gua admire lah pelukis ni semua. 

btw,

credit to google for this awesome 3D drawings =)


dear love, saya tak kisah pon badan awak tak tough, asalkan hati awak tough cintakan saya =)




ok. tadaaaa =D

Thursday, May 17, 2012

weird food =,=

hye guys. aku baru habis kelas je ni. bosan taktau nak buat apa. so, aku saja nak share something. gambar-gambar makanan yang pelik. tapi sebelum tu, aku pesan awal-awal nih. sapa yang belum makan, pergi makan dulu. baru boleh bukak baca post aku yang nih. haha.


ni sebenarnya kuih. alahai, sape la kan yang buat kuih ni. tak sanggup aku nak makan. sebab kesian je tengok. hehe
orang yang buat kuih ni memang kreatif dah tapi tolong la buat bentuk kuih lain, jangan la baby.Huhuhu





teka ni apa? Laptop?? haha. salah salah. ni sebenarnya coklat la weh. adoyai, awat la pelik-pelik sangat diorang ni, ni kes terlampau kreatif la ni kan. sayang rasanya nak makan laptop ni kan.kang tak pasal-pasal kembung perut =P haha











Ni pon coklat jugak. KREATIF GILA dia ni kan.. teruja aku tengok coklat ni. hehe          






               
                                                             


ni ROTI bukan kepala orang. haha. ni roti berbentuk kepala orang. sumpah tak sanggup nak makan. =,=

boleh bayang tak makan roti ni cicah dengan air milo?? haha euww =,=


                                                                               




 ni coklat berbentuk buah oren. i like it. yeah,i think its better than all food above. setuju? haha =,=













this is kuih raya. kuih raya 18sx. haha. bong** je kan buat kuih raya macam ni. raya tahun ni, cuba la k. bagi sapa-sapa yang teringin je la. haha 














ni kek. demmm. *tutupmata
tak tahu nak cakap pe.#speechless








    



ni pon kek. kek T***. haha. kan dah pesan suruh korang makan dulu tadi. 
GELI weh.=,=










thats all. see you later. tadaaa =D


Tuesday, May 15, 2012

simple note

salam. hye guys. sorry tiba-tiba aku muncul kembali dalam alam maya ni. cewaahh. hehe. 
im here because i just need somebody to listen to me. sorry, for me, my blog is the right buddy =)


act, seminggu dua ni aku agak sibuk dengan segala benda yang nak diselesaikan sebelum study week. assignment lah, test lah, presentations lah and so on. so, pressure dalam kepala aku pon makin bertambah. tapi tak sure la berpa 'atm' kan. haha. 


one of the things yang membuat kepala aku sangat serabut and tension adalah something yang remeh for somebody. but not for me. because im not a tough girl, not a strong person. in fact, im a weak person. i repeated, WEAK. huhuhu :'(


sebelum tu aku nak tanya , kawan penting tak?? adakah mereka tu sepenting keluarga kita?? =,=


as for me. YES ! they are important. friends are important. thats why aku rasa macam lemah sangat-sangat kebelakangan ini. sebab apa? sebab lately, aku terasa alone :( alone without friends. mungkin sebab aku stress kot. entah la. i dont know how to describe how i feel right now, but what i know. i miss my old friends damn much. i miss all sainarian, kmppian.. =(


btw, one advice for you all. dont forget old friends when we met new friends. sometimes, the new one is just temporary.


one more, u know karma?? what goes around comes around. dont doing things that you dont want people do it towards you. it means dont do things that when people do it to you, you HATE it. 
be good to people, then people will good to you =)




btw. aku gembira masih ada kawan yang masih sudi bersama-sama dalam susah dan senang aku. sebab kita tau, kawan ni selalu suka nak bersama kita bika kita senang ja, bila susah semua tak nak dekat.


tapi takpa, paling penting aku ada keluarga yang selalu menyokong aku, ada jugak my boyfie, incik kekasih yang selalu memahami aku =)




for now, im done. feel quite relieved. thanx for reading this simple note.


see you soon =)





Friday, September 23, 2011

singkat sahaja =)

semalam sedang makan-makan bersama incik kekasih di KFC QB, Penang. incik kekasih tanya, dah lama tak update blog eh, b bukak tade entry terbaru pon. ohh, sorry. memang pon da lama tak update. dah berbulan-bulan lama jugak la kan. walaupon dekat rumah tak buat apa-apa, tapi masalahnya, aku tak ada broadband. my sis bawak ke hostel dia. so jadilah manusia tanpa internet buat sementara semasa cuti hari tu o_o


btw, aku dan incik kekasih dah third year kat USM ni. next year incik kekasih grad, tinggal lah aku sorang-sorang kat sini lagi setahun untuk menghabiskan ijazah pendidikan aku nie. takpa. demi masa depan aku jugak =)


so, bila dah third year ni, aku kena la mula-mula berjinak-jinak nak jadi cikgu. aku ada ambil paper pendidikan teaching method mathematics. nak dijadikan cerita, tangan aku ni memanglah tersangat bertuah =.=" aku cabut undi la untuk menentukan sapa yang akan present dulu (mengajar secara solo selama 40 minit). dan seperti yang diduga, aku lah orang pertama yang bertuah tu. aku kena present hari selasa ni. lagi sekali kami kena undi untuk pilih topic yang akan di ajar nanti. aku undi dapat tajuk DIFFERENTIATION (Maximum and Minimum Values) daripada sukata pelajaran tingkatan 4 matematik tambahan. aku memang bertuah kan? hell yes =.="


so, bertungkus lumus la aku untuk menyiapkan lesson plan ni. lesson plan tak susah sangat, yang susahnya bila aku kena mengajar menggunakan Geometer's Sketchpad(GSP). korang ada sapa-sapa yang tau macam mana nak ajar topic yang aku dapat ni guna GSP? ohoh. bagi tau la aku. aku dah pening gila ni. orang gila pon tak pening macam aku. =.="


apapon, doakan aku la supaya semuanya berjalan lancar. =)


tu ja kot buat setakat ni. babai =)



_________________________________________________________


Gadis : apesal awk ikut sy ni ?

Lelaki : sy xtau . Awk cantik sgt . Sy rase , sy dh cintekan awk .


Gadis : hmm , awk xjumpe lg kawan sy , die lg cantik dr sy .


Lelaki : hmm ?


Gadis : die dekat belakang awk .


Lelaki : *pusing* xde sape pon .


Gadis : kalau awk btol2 cintekan sy , tak mungkin awak akan pusing !

cintakn seseorg krn cantiknya paras rupa mudah dtgnya,mudah jua perginya.


>,<







p/s: tak ada kena mengena dengan entry, sekadar renungan bersama =)

Sunday, July 17, 2011

ciri-ciri orang yang mencintai kamu :")

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu :


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya.


7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


13. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?


14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


20. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


21. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.


22. paling penting, orang yang mencintaimu akan menerima diri kamu apa adanya. :")

Saturday, July 16, 2011

real relationship ♥

"A real relationship, Has fights. Has trust. Has faith. Has tears. Has hurt. Has sweet smiles. Has genuine laughter. Has snorts because of the laughter. Has weird, stupid, unnecessary arguments. Has patience. Has communication. Has secrets. Has jealousy. :") 


"How far you go..hope you don't forget about me in ur mind and ur heart..because my love always with you and it's can't describe with a word. :")


"bila salam ingatan dikirim dari jauh. tiada kata yang dapat didengar. tiada senyuman yang dapat dilihat. tapi tiada yang dirisaukan. sebab anda akan merasainya dari hati yang memahami. :")


"Ertinya bukan tiada..tiada yang mampu mengertikan makna sebuah cinta..walau sejauh mana kita menghindar..hadirnya takkan mampu dibiar berlalu..setianya cinta takut meluah..bila meluah takut tak diterima..kasih dan jiwa..terpatri dalam hati..ayat-ayat cinta tak mampu meyakini..kerana ku tahu..kau takut menerima..cintailah yang mencintai. :")

A to Z tentang cinta

A-Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati...

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi.


E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.

F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya.

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.

H-Honest
Jujur dalam percintaan.

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.

L-Loyalty
Setia pada yang satu.

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.

R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.

S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia mengahadapi sebarang situasi yang tidak di jangka.

V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.

W-Wish
Cara terbaik mengatasi si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang di inginkan dari kamu.

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.

Y-You
Yang kamu lakukan.

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.



Wednesday, June 1, 2011

andainya lelaki tahu :)


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...


just wanna share, taken from facebook :)

Monday, May 30, 2011

my ♥ one :)

pesanan ringkas buat kekasih yang jauh di mata =)

♥ cintamu adalah anugerah untukku. kerana cintamu hatiku bahagia. ku ingin selalu bersandar di pelukmu kerana hanya kamu yang layak menjagaku dan jagalah hati dan cintaku seperti bulan yang selalu menjaga malam di waktu gelap. yakinlah hatimu aku milikmu dan hanya untukmu :)


♥ dalam dada hanya dirimu yang bertakhta. dalam jiwa, cintaku hanyalah padamu. dan dalam hati, hanya namamu yang terukir :)


♥ dalam dakapan sang malam, aku titipkan doa untuk dirimu. aku pinta pada sang waktu untuk selalu menjagamu.biar malam yang mengurai penatmu, hingga tiba sinar matahari esok dan tercermin kembali senyum diwajahmu :)

Saturday, May 28, 2011

ku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh

ok. da sebulan aku bercuti. pertama kali aku nak update blog dalam masa cuti nie. alahai. line internet kat rumah sekarang nie memang la slow sangat-sangat. aku tade lah bz mane pon, tapi tak update sebab menyampah dengan berukband nie la. apapon, da sebulan cuti, maknanya da sebulan aku tak jumpa kesayangan aku. maknanya aku da rindu dia sangat-sangat. hukhuk..
aku nak dedikasi lagu nie untuk beliau :)


Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...



imysm :(