hit me :)

Followers

Monday, August 23, 2010

fantasi cinta :)

selamat tinggal fantasi cinta.. :)

aku ada terbaca sesuatu yang menaikkan semangat aku. ya! bersemangat dengan tiba-tiba. so, nak share dengan anda yang berada 'di atas bot bersama saya'. =)

andai sudah jelas lagi nyata bahawa lelaki yang kita cintai bukanlah lelaki yang terbaik untuk kita, tak usahlah membuang masa untuk terus mahu bersamnya.. sebab DIA tahu mna yang terbaik untuk kita. :)
apa pon yang kita buat, perkara pertama pikirlah tentang diri sendiri jugak okeyh.. :)
percayalah, andai dia yang terbaik untuk kita, takkan ada sesaat pon dia menyakiti hati kita. so, hentikan semua ilusi dan berpeganglah kepada prinsip2 yang insyALLAH pasti akan membahagiakan kita. :)

ilusi tersebut termasuklah:-

1. "belum pernah ada lelaki lain yang menyayangi aku sebaik dia"
lelaki yang bijak berkata-kata sudah pasti boleh menjadi super duper baik. dia melakukan semua perkara dengan teratur agar kita sedikit pon tak mensyakinya. so, kita harus ingatkan diri kita bahawa sebarang kebaikan yang dia lakukan bukan untuk kita semata-mata tetapi untuk kepentingan dia semata-mata.
pegang pada prinsip: "aku layak untuk disayangi. pasti ada lelaki lain yang akan menyayangi aku lebih baik dari si dia."

2. "si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
jangan pernah bermimpi kita akan dapat megubah seseorang apatah lagi si dia yang sememangnya terkenal dengan sikap playboynya.setiap orang harus berubah dari dalam diri sendiri dan bukan kerana orang lain. memang bohong kalau si dia gitau hanya kamu yang dapat mengubahnya.
pegang pada prinsip: "aku takkan menunggu dia terlalu lama sampai berubah. waktuku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hanya menunggunya."

3. "aku masih bahagia sekarang"
dia masih baik mungkin untuk saat ini sahaja. esok atau lusa belum terjamin. bagi kita, selagi tidak dipukul kita masih boleh terus bertahan. tapi kita kena ingat si dia telah menyiksa mental kita tanpa disedari.
pegang pada prinsip: "suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti kamu seperti mana dilakukannya pada orang lain sebelum ini."

4. "di masa akan datang aku tak mungkin temui lelaki sesempurna dia"
kita rasa si dia punya segala-galanya. biarpon dia banyak melukakanmu namun kerana apa yang dimiliki kita sanggup terus bersabar. hello?? tak da manusia yang sempurnalah. 
pegang pada prinsip: "aku yakin boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia."

5. "semua orang perlu diberi peluang kedua"
betul! tapi kita mesti pikirkan n kasihankan diri kita jugak kan. tak perlu nak mengorbankan dan menjerat diri. bercinta bukan penjara. kita boleh beri peluang kedua dengan hanya berkawan dan membantu mendengar masalahnya tetapi bukan dengan menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
pegang pada prinsip: "dia boleh dapat peluang kediua tetapi bukan dengan aku."

6. "semua orang mempunyai kekurangan, begitu juga dgn dia."
kalimah inilah yang sering memerangkap kita dengan lelaki buaya. tidak perlu menerima kekurangan seseorang itu andai ianya amat merugikan kita. kalau kekurangan itu hanay kecil-kecilan seperti tak boleh bgn pagi atau suka tido masih boleh diterima, tetapi kalau kaki perempuan atau kaki botol macamna?? pokok pangakalnya, jangan menyusahkan diri sendiri.
pegang pada prinsip: "kalau kekurangan itu menyakitkan sebaiknya berpisah sahajalah."

7. "sekiranya dia bersama aku pasti dia tidak akan menjadi jahat seperti dulu."
memang baik andai kita disayangi olehnya dan dia boleh apa yang ditetapkan untuknya. tetapi janganlah terlalu yakin. kalau si dia memang lelaki jenis liar. bukan mudah untuk menjinakkannya. kita mungkin menjadi orang yang berterus-terusan berkorban dan hasilnya sentiasa menghampakan. 
pegang pada prinsip: "andai dia boleh menyakiti hati orang lain, kenapa tidak dengan aku."

8. "kami telah berkongsi banyak hal bersama-sama, sayang andainya hubungan ini berakhir begitu sahaja."
anggap saja semua hal yang kita kongsi bersamanya diberikan dengan ikhlas. jangan takut merasa rugi andai kita putus dengannya kerana kerugian akan semakin bertambah kalau tetap bertahan dengannya. 
pegang pada prinsip: "pengorbanan aku untuk dia cukup sampai di sini."

9. "aku terlalu mencintainya. tidak akan ada yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah."
alasan ini memg slalu kita dengar. kita belum mencuba berkenalan dengan lelaki lain. bukalah pintu hati seluas-luasnya.jangan bergantung hidup hanya pada seorang. dunia terlalu laus untuk diterokai.
pegang pada prinsip: "aku masih muda, masih banyak kesempatan untuk aku mencuba berkenalan dengan lelaki lain."




Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun berkorban biarlah ada hadnya dan bersabar beiarlah berpada-pada. Jangan sakiti hati kita lagi... :)



percayalah, kita kan temui cinta sejati apabila tiba saatnya nanti. =)



2 comments:

dzuha ghanim said...

perghhh smakin hbat cik farina kita bkata2..=))

nifyna said...

ya cik duha syg =)