hit me :)

Followers

Tuesday, August 17, 2010

cinta sejati

"I Love You".. mudah untuk diungkapkan.semudah mengenal ABC, semudah belajar 123.
tapi sampai bila ia mudah untuk diungkapkan??
cuma setakat sebulan bercinta? 2 bulan? setahun? setahun setengah?? atau setakat manakah ungkapan itu mampu diucapkan? terutama untuk orang yang sama.
untuk bermula bercinta tak susah. yang susahnya untuk mempertahankan rasa cinta itu. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk mempertahankan tak akan berkekalan selamanya. kalau setakat sebelah pihak yang berusaha untuk memahami sebelah pihak yang lain juga tidak akan bertahan lama.
saat awal bercinta semuanya indah."kentut pon wangi' -.-
apabila dah masuk setahun perangai masing2 yang sebenar2nya sudah dapat dikenal pasti. masa ni lah selalu berlakunya pergaduhan. benda yang remeh dan simple pon boleh jadi masalah yang besar. masing-masing takmau mengaku kalah dan merasakan apa yang mereka buat semuannya betol (tidak mahu beralah). sebenarnya, untuk kekalkan hubungan percintaan dalam masa setahun pon dah cukup susah. tu baru bercinta. kalau dah berkahwin pula lain  ceritanya. masalah lagi akan banyak. untuk mendapatkan keserasian sangatlah susah terutama di awal perkahwinan. sebab time tu baru nak bermula belajar hidup berdikari dengan pasangan masing-masing. hmmm. sebenarnya, aku 'tabik spring' lah kepada orang-orang yang bercinta lama ni dan hubungan masih macam di awal percintaan. sebab selalunya orang kata apabila bercinta dah lama, hangat bercinta tu taklah macam mula-mula bercinta. semakin lama, semakin suam2 kuku ja.:)
 tapi at least mereka berjaya mempertahankan hubungan itu walaupun tidak sehangat masa dulu (awal bercinta).
 untuk diri aku, aku selalu mengharapkan macam tu. hehe. :) tapi sayangnya aku pon gagal hadapi dugaan di tengah jalan. tidak sehaluan lagi apabila tiba di persimpangan. tidak mengambil laluan yang sama lagi. semoga, masih ada lagi simpang-simpang di hadapan yang akan mencantum semula laluan yang pernah terpisah itu sebelum sampai di penghujungnya. :) andai laluan itu kutemu semula, aku tak akan berfikir dua kali untuk melaluinya lagi. akan ku harung hingga ke penghujungnya...dalam erti kata lain, kutemu cinta sejati...sampai akhir hayat.. :)


aku nak macam ni. bersama hingga ke akhir hayat. :)



tapi persoalannya, wujudkah cinta sejati itu???
ask yourself..... :)

2 comments:

iqbal9w2mrq said...

Insyaallah.. tetap wujud.. cuma masany je yg x taw bile

nifyna said...

yeah.. someone. somebody is made 4 us.HE will give the clue, we r the one to search 4 it..:)