sebenarnyakan aku tersangat bosan sekarang.. kebuhsanan tahap 'moksya'. (moksya = tahap tertinggi), aplikasi sejarah form 5..hahah.actually bukan bosan sahaja tetapi jugak aku sekarang tersangat la sepi.balik rumah pon sepi ka??yela, memang taktau nak buat apa2.aku nak exam, tapi tak study2 lagi. tak sedar diri betoi nak exam lagi 2 minggu lebih kurang.kalo tolak jam aku tido, makan, mandi, sembang2, berfesbuk,berblogging n bermacam2 lagi, aku rasa tak smpai sehari lagi kot masa aku study tapi mengapa masih kemalasan ni haaa?? i dont have the answer lorr.. anybody got the answer? (yang punya diri pon taktau orang lain lagi la..) heh.. okeyh berbalik pada sepi. aku mengaku, aku memang sunyi sekarang.=( bukan takda teman nak bercakap atau nak bermessage tapi aku tak terasa nak flirt dengan sapa2..(pastu bising sepi, pehal?) hahah..
by the way, korang percaya tak pada cinta siber?
i mean cinta yang berputik melalui dunia IT ni o senang citer jatuh cinta melalui internet... aku tak tau nak cakap percaya o tak.. at one side aku tak percaya.. sebab ape? aku pikir kadang2 kalo kenal melalui internet ni bukanlah diri orang tu yang sebetulnya. susah jugak kalo apa yang kita bayang tak sama dengan dunia reliti kan.. tak akan menjadi hubungan tu n hubungan yang terjalin pon mesti tak ikhlas. at the other side aku percaya, tapi actually bukanlah percaya mana pon.. sebab hubungan melalui alam maya ni iaitu internet akan berhasil jugak if n only if dah memang jodoh dowang..=)
so, senang cerita, apapun mesti ada kaitan dengan jodoh lah.. tak kisah kenal melalui alam maya aka internet ataupon tak, ada jodoh mesti bersama jugak kan??. =))mesti korang2 pelik sebab apa aku timbulkan topik ni di saat aku tengah kebosanan taktau nak buat apa ni. actually macam ni, ada la seorang hamba ALLAH yang bergelar lelaki ni selalu saja mengganggu aku..eh3..bukan mengganggu la, tapi dia selalu ja nak hubungi aku.. aku kenal dia melalui facebook ja.. tapi time tu entah kenapa, mungkin aku sangat bosan aku TERbagi number phone aku dekat dia. aku ingat ala, message je la sehari ja. then, start pada hari tu, dia selalu mesej aku. then semakin berani called aku. muka dia quite kacak tapi excuse me, i'm not the type of person yang hanya memandang pada rupa.. aku tak macam tu. diulang sekali lagi, aku tak memandang pada rupa seseorang. i mean rupa bukanlah syarat yang pertama untuk berkawan dengan aku. tapi aku taktau kenapa aku tersangat rasa tak selesa bila dapat mesej dari dia o called dari dia. aku selalu reject ja, tapi kalau selalu mungkin dia terasa. so, aku pon cakaplah baik2 dengan 'S', bukan nama sebenar,
"eh, saya tak nak lukakan hati awak. sebenarnya, saya ni jenis kalau rasa nak mesej saya akan mesej, saya tak suka kalau awak keep mesagging me if i did not rep u. so, pliz, kalo awak tak boleh terima perangai saya ni, ta yah contact saya lagi."
walaupon dia dah tak called pakai line curi tapi aku still tak selesa.. emm.. lepas tu aku da jarang rep dia. bukan apa, aku taknak lukakan perasaan orang, bagi harapan yang palsu. tak elok lah macam tu, biar dia terluka sekarang dengan mesej2 aku yang agak kasar daripada nanti kan. heh. n one more adalah sebab aku tak percaya sangat pada perkenalan melalui internet ni..=) korang mesti pelik kenapa aku tak tukar number n lari daripada dia kan. aku sayang sebenarnya number ni. banyak kenangan n sebab utama adalah MURAH..haha.. upax ni..hua3..
opps.. tak sedar rupanya dah melalut panjang..haha.. aku kan tengah bosan, aku on9 facebook jap tadi.. u noe wat, my fren dekat facebook dah mencecah angka 1111.. actually tak banyak mana pon kan, tapi aku sebenarnya tertarik dengan angka tu.. menarik~ =)
hahah.. post ni memang melalut kan tapi tak mengapalah..=) okeh, at least aku dah tak kebosanan sangat bila dapat membuat 'kerepek' disini..(merepek) hahah. nytes peps..! ^_^
No comments:
Post a Comment