hit me :)

Followers

Showing posts with label challenge. Show all posts
Showing posts with label challenge. Show all posts

Friday, February 18, 2011

day 5 : a picture about something you want to do before you die

salam semua


hari ni terasa nak sambung 30 things in 30 days challenge. tapi nak buat ikut suka hati aku boleh tak? tak nak ikut turutan hari yang dia bagi tu. haha
aku nak buat hari ke lima. a picture about something you want to do before you die. bukan buang tabiat yer. saja saja kebosanan dan aku tengok tajuk nie menarik je. heee :D



di sebabkan aku nie student yang sangat cintakan usm. aku kalau boleh nak habiskan tempoh pengajian aku dengan jayanya kat usm nie. nak grad la senang citer. yela kan. sapa taknak grad. dah penat penat belajar, berusaha bersungguh sungguh. so, rewards yang kita nak adalah memegang segulung ijazah. moga moga tercapai cita cita nak grad dengan cemerlang kat usm dalam bachelor of education. insyaALLAH :)




 alahai. comey sungguh eh . tak sabau pulak nak grad :)
(biar esemen tak setel setel lagi =p)




nanti nak baling topi tu gitu. boleh dop? =p



aku nak grad lambat lagi. kalau ikut seperti yang di tetapkan lagi 2 tahun baru tamat pengajian kat usm nie. incik kekasih aku lagi satu tahun, dia tinggal aku dulu.=(
banyak lagi yang perlu aku belajar untuk jadi cikgu yang betol betol cemerlang neh. haih. cuak jugak la. apa kau ingat senang ke? nak jadi cikgu, ilmu yang ada perlu melebihi ilmu pelajar pelajar kita. nanti kang tak pasal pasal bila student tanya kau soalan, kau dok tersengih sengih depan tu tak tau nak jawab apa. buat malu aku je. haha. so, untuk dapat hasil yang baik, pengorbanan masa sekarang pon kenalah sehabis baik. kena 'power rangers' jugak ok? =p



the next things, bila dah belajar separuh gila.(tak gila lagi oke? =p) mestila nak tengok hasilnya kan. aku nak jadi cikgu. teringin nak berada kat depan kelas mengajar orang. sebelum ni kan kita dok je kat kerusi, sebagai students. hehehe. padahal kalo kena presentation kat depan kelas pon cuak nak berak mati =p. takpa. belajar dari pengalaman. dan pengalaman akan mematangkan. insyaALLAH.
tak sabar nak kerja sebab nak happy kan mak abah. nak bagi diorang merasa duit aku pulak. selalu aku ja dok pau duit depa. al maklumla. pak angkat ptpn tak bagi banyak pon duit. tolak yuran, tolak duit nak makan, duit untuk entertainment lagi, tinggal berapa ja kan. ciput je. =p. so, moga termakbul doa untuk bahagiakan mak dan abah selepas aku kerja nanti. ni pon salah satu benda yang aku nak buat. doa doakan ok. amin. :)



 konon konon aku nanti macam tu la kan. kompem comel je. wahaha :P


owh. :D



 yang pasti, aku bukan jenis yang macam nie :)



laaa... aku lupa. benda ni paling tak sabar. wakaka. nak kawen. hehehe. jangan la dok mengata aku, kau pon nak kawen kan? sunnah Nabi kan? hehehe. doakan aku ada jodoh dengan dia. dengan ikhwan hanif bin ismail :) walaupon aku tau kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan. cuma tak salah kan kita berusaha untuk mencari pasangan kita. tak salah kan berdoa hubungan kita kekal sampai syurga? :)
ALLAH tahu mana yang terbaik untuk kita. kita hanya mampu berdoa. mari sama sama doakan kebahagiaan kita. doakan dialah (pasangan masing masing la k) jodoh kita yang terakhir. amin. :)
haaa. nanti aku kawin aku jemput korang k. wahaha. nak jugak tu kan. hihi ^^


comel kan? tapi aku dan pasangan, incik kekasih  comel lagi. =)



selepas kawen mestilah nak menimang cahaya mata kan. sebagai penyambung zuriat kita kat muka bumi nie. aku pon tak terkecuali impikan yang sama.:)
so, aku tak ada idea kenapa ada binatang orang yang sanggup mendera anak sendiri dan membuang baby sendiri. huhu. tak ada perasaan ka depa nie?. ke depa nie memang bukan orang?. so, paham paham sendiri je la , bahasa yang sesuai untuk orang orang macam ni. tak sanggup nak kata. huhuhu. sedangkan binatang pon sayang anak. 


nampak hepi sangat sangat kan? :)
(aku nak macam ni jugak :D)



comelnyaaaaaaaaaaaaaaaa :D
geram sangat sangat tengok. hehe
(aku pinjam curi pic nie dari fb kawan :P)



oke. tempat yang aku nak pergi pulak semestinya nak mngerjakan haji di Mekkah. semua umat Islam tak terkecuali teringin nak pergi sana. beribadah, menghambakan diri kepada ALLAH s.w.t.
aku pn sama. kalau mampu aku nak pergi buat haji dengan mak abah. dengan family la kiranya. time ni kalau aku da kawen, nak pergi dengan suami jugak. :) sebab mak abah aku pon belum pergi. insyaALLAH. moga niat yang baik disertakan usaha untuk mengumpul duit nanti sampai jugak ke sana. :) so, sapa sapa yang akan ke Mekkah, doakan kami yang belum menjejakkan kaki ke sana ni untuk mampu dan berkesempatan jugak ke sana. insyaALLAH. :)


ALLAH MAHA BESAR



selain dari tu??
ohoh. banyak sangat sangat benda yang aku nak buat. ni antara yang penting ja la yang aku nak buat. hehehe. oke. last la ni. aku nak melancong serata dunia. boleh ke eh? hehe. aku nak tengok keindahan dunia ciptaan ALLAH. nak tengok semua tempat yang menarik yang ada kat dunia ni. :)
antaranya termasuklah :)



 nak pi main salji kat situ dgn incik kekasih =p



 nak tengok eiffel tour dgn mata kepala sendiri. :)



nak tengok taj mahal. saksi kisah cinta yang hebat :)




oke. dah tak larat nak upload walaupon ada banyak lagi. hehe. 
ok. tata! :D

Wednesday, January 19, 2011

day 3 (perfect date)


idea about perfect first date?? aihh. blurr jugak nie nak cerita pasal apa. almaklumlah, tak reti aku nak describe 1st perfect date neh. it depends on individual how to judge 'the first perfect date'. so, bila terpaksa bercerita topik nie, aku akan berusaha sedaya yang mungkin untuk 'menggorengnya', maksud aku goreng jangan sampai hangit laaa. :D apa yang paling penting macamna korang berdua (pasangan) menyelesakan diri terhadap pasangan masing2 pada masa tu. sebab kalau salah seorang tak selesa atau dalam bahasa inggerisnya (become uncomfortable), sah sah lah date tersebut bukanlah perfect 1st date. tak kira la  korang pergi date kat tempat paling cantik dalam dunia pon, still it was not a perfect date.

oke~ paling penting, 1st date bukanlah pergi menonton wayang. hello?? macamana nak kenal orang tu kalau 1st date korang dekat dalam panggung, for sure lah dalam tu korang tak leh nak beramah mesra bersembang2 kan. so, not a perfect idea 1st date dalam cinema. heh.

oke~ aku lupa. aku bukan nak cerita tips2 untuk 1st date atau apa. aku nak cerita pasal, perfect 1st date ja. mungkin, date yang macamna yang aku nak.terutama sekali 1st date.



aku nak date dalam ni. boleh?


hoi! ingat ape, 1st date kot~ sape nak layan aku kau macam ni kan. huahaha :P
kalo date kat dalam ni leh la wat aksi 'titanic' jap kat ujung kapal tu.kan2?

remember, 'u jump, i jump'. :D
ala, setakat date makan makan kat dalam ni , i think no biggie, right?? :D
so, incik kekasih, bila nak date kat sini pulak? :D


pastu aku nak pergi date tengok sunset. wow! macam best je tengok sunset bersama sama kesayangan :D


aku nak dok 'tang' pondok tu dgn incik kekasih tgk sunset :D


kalo dapat date tengok sunset gini memang terbaek dari ladang lah 'wa' gitau 'lu'. :) ala, tak kisah la kat pantai mana mana pon, atau tempat mana mana pon janji dapat tengok sunset gini. aku suka !! ^_^

pastu kan. nak candle light dinner! memang tak dapat nafikan ramai yang suka candle light diner.paling suka kalau si lelaki yang masak sendiri, prepare semuanya sendiri. pergh! class abeh ah! romantika gitu~ hohoh :P
makan sambil di iringi dengan music slow(cuba bayangkan) awesome !! :D pastu menari nari lak pas makan, terbaek lah, walaupon tak pandai nk menari2 neh.huahaha :P (just kidding :D)  nanti kawen leh kita try eh? :D taknak ballet n shuffle okeyh? sebab tak pandai :D

:D



sekadar gambar hiasan :D



1st date aku?? tetap yang terbaek :D
bersahur sama sama. mana ada orang 1st date keluar sahur. aku ja kot. teheeee :DDD
yaaa.. dengan incik kekasih  ikhwan hanif laaa :D. romantik tak? ekeke :P

ni tak, selalu date kat shopping mall, tgk wayang, ape da class weh?? tak perfect la. kadang2 oke la kan. :)
so, why not kita kita try something different pulak. alaaa, korang gitau aku boleh, korang paling suka date kat mana. aku dah lack of idea nie. hehe. act, ni bukan perfect 1st date pon, ni just idea perfect date bagi aku la. :)

oke~ nak g discuss untuk presentation next week. daa~ :P




Tuesday, January 18, 2011

day 2 (favorite movie)



tak dinafikan semua orang suka tengok citer korea tak kira girls ka boys, aku pon minat jugak tengok citer korea. tak fanatik sangat pon. biasa-biasa je, sebab tak nak addicted. aku tau kalo dah tengok kompem kompem lah takkan buat benda lain dah selagi tak tengok sampai episod terakhir. nak makan pon pikir berkali2, rasa sayang nak stop tengok. :P.

seingat aku hanya beberapa citer korea ja yang aku penah tengok. :D korang mesti pelik kan, tapi betol lah, kadang kadang kalo orang tanya pasal pelakon korea, aku mana la nak tau. aku kenal RAIN je, yang berlakon dalam Full House tu. (tu pon kalo tak salah aku laaa :P) . yang lain aku tak kenal, just tengok je. :P.

first aku mula tengok cerita ala ala cerita korea  ni citer Hanazakari No Kimitachie (betol ke x eh?). tu pon aku tengok yang versi taiwan lau tak salah aku. perghhh. pelakon laki tu memang handsome la. aku akui wp aku sebenarnya tak minat laki chinese look nie. heee :D tapi pelakon tu memang hensem. :")



sangat hensem oke~


aku tak sure nama dia apa. hahah! lepas tu aku tengok citer Full House. time aku tengok tu memang dah ketinggalan zaman la.ahh. lantak. n sejak pada tu, aku bertambah minat tengok cerita korea. daripada tak minat langsung, dah mula berjinak-jinak tengok. tapi jangan salah faham, aku tak ketagih lagi laaa. heee :D


habes? apa yang aku minat? haaa.. kalo nak tau aku minat cerita latin.walaupon ada yang aku tak tengok ending tapi aku masih suka nak tengok. n walaupon episod berjela jela punya panjang, aku tak jemu gak nak tengok. :P paling minat cerita 'Juana La Virgen n Luna La Heredera'. fuhh. best2.



=)



=)


pelakon lelaki tak lah se'jambu' pelakon korea tapi yang penting macho :D


christian meier :D


aik?? banyak pulak la kan. yang faveret movie belum aku cerita lagi. ni baru drama :D aku paling minat tengok movie "Step Up". so far ada 3 siri dah, kesemua aku dah tengok. aku minat sangat tengok segala cerita yang menari menari nie, i mean shuffle la. :D antara 3 cerita step up tu, paling best Step Up 3. fuhh! mantap2. memang sweet teramat sangat la gandingan pelakonnya. hensem+cantek=terbaik! :D

aku tengok step up 3 dengan kawan2, kalau aku tengok dengan pakwe, konpem feeling lagi lain! huahahaha (gedix je kan :P)
tapi out of 10, aku bagi 9 bintang la. :) sebab tak semua perfect kan. 
Dear Mr Director, bila nak buat Step Up 4 lak??? (belum ada kan? ke aku yang tak tau, haha! )


awesome :D!


kalo movie melayu, aku minat cerita Adnan Sempit.haih! tak kering gusi aku tengok. best2! :D
kalau aku puji tu memang terbaik la kan, kuakaka :P


kau memang kelakar :D!



oke. yang nie je kot, walaupon sebenarnya banyak lagi movie n drama yang aku minat. aku kan kaki movie, no wonder la kan :P
sebelum mengakhiri semua, sejambu mana pon pelakon korea, semacho mana pon pelakon latin, selucu mana pon pelakon melayu tu, yang terbaik masihlah Ikhwan Hanif, He has something that others donts. his own 'aura'.  :DD


heee :D



p/s: kalau suka boleh like :D


Monday, January 17, 2011

day 1 (favorite song)

day 1 untuk 30 things in 30 days challenge start saat nie :D




dari semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa syurga dalam hatiku

ref:
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

(back to ref)

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
(back to ref)

ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

back to ref2 [3x]

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
_______________________________________

oke~ day 1 aku start hari nie. its about my favorite song. tau tak lagu apa?? lagu 'ku ingin kamu' nyanyian romance, band dari indonesia.

sebenarnya banyak lagi lagu yang aku minat tapi takkan nak letak semua kan, tapi yang ni la aku paling minat dari dulu. tak pernah jemu walaupon dengar berulang-ulang kali. macam sweet sangat sangat lagu nie. aku aku ambil kesempatan nak dedikasi lagu nie untuk dia(incik kekasih hati). dia pon tau aku suka lagu nie. hehehe :P

aku memang minat la indie band nie. terbaru aku minat dengan Asbak Band. korang cuba cari lagu 'Cara Mencintai' n 'Ternyata Salah Mengenali". ni la antara lagu dowang yang aku minat. saja nak share dengan kalian semua(geli je, :P). kot2 korang akan suka kan. heee :D
korang pulak minat lagu apa? share la kot2 nanti aku akan terbekenan gak dgn lagu kegemaran korang tu. teheee :D

 aku pon taktau hari nie aku mimpi apa, rajin nak buat 3 entry dalam 1 hari. maju tak??? bangga tak aku berjaya melawan rasa malas dalam diri. hehe. n aku sanggup tak pergi tengok match bola sepak antara USM vs KELANTAN semata-mata nak update blog neh. hohoh. :)

setakat saat nie, USM mendahului dgn 2-1. haih, kenapa ni khairul fahmi??? pe dah jadi? huahaha. apapon, aku sokong je dua-dua. USM universitiku, KELANTAN, rumah kedua aku. hahahaha. iyer2 je kan.:D
oke~ aku rasa stop dekat sini dulu, esok insyaALLAH aku buat untuk day 2 pulak (tentang favorite movie aku)

aku nak buat tutorial DE jap, n dengan bangga aku nak gitau ni, esok aku kelas dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. cemerlang kan aku??? =.="
aku benci selasa. huh! =.="


k.tata. salam :)

30 things in 30 days challenge

tadi aku dok blogwalking jap. macam biasa mesti akan bukak blog cik epal, salah satu blog kegemaran aku neh selain blog enykikilala tu. heheh :) best lah baca blog mereka mereka neh. sempoi je. :D
pastu kan, aku macam berminat nak join game 30 things in 30 days challenge.

day 1 ♥ your favorite song.
day 2 ♥ your favorite movie.
day 3 ♥ your idea of the perfect first date.
day 4 ♥ your favorite photograph of your best friend.
day 5 ♥ a picture of something you want to do before you die.
day 6 ♥ a photo of an animal you'd love to keep as a pet.
day 7 ♥ your dream wedding.
day 8 ♥ a song to match your mood.
day 9 ♥ a photo of an item you last purchased.
day 10 ♥ a photo of your favorite place to eat.
day 11 ♥ what's in your make up bag?
day 12 ♥ your current relationship is, if single discuss how single life is.
day 13 ♥ a picture of your favorite band or artist.
day 14 ♥ a TV show you're currently addicted to.
day 15 ♥ something you don't leave the house without.
day 16 ♥ a picture of someone who inspire you.
day 17 ♥ how you hope your future will be like.
day 18 ♥ 5 things that irritate ME about opposite/same sex.
day 19 ♥ your favorite quote and why u like it?
day 20 ♥ the meaning behind your blog name.
day 21 ♥ a photo of something that makes you happy.
day 22 ♥ a letter to someone who has you recently.
day 23 ♥ 15 facts about you.
day 24 ♥ a photo of something that means a lot to you.
day 25 ♥ who are you?
day 26 ♥ why you like him/her(opposite sex of yours)?
day 27 ♥ what kind of person attracts you?
day 28 ♥ in this past month, what have you learn?
day 29 ♥ something you wont get tired of doing.
day 30 ♥ a photograph of yourself today+ three good things that have happened in the past 30 days.


________________________________________________________________

menarik kan??? kalo korang rasa nak buat jugak, jejom lah join aku, leh kita exchange cerita dan kegemaran kan? :D btw, persoalannya mampukah aku untuk buat?? jangan lah mood malas aku tu datang lagi. aku nie bukan leh percaya sangat, kalo dah mood malas datang balik, nak makan pon aku malas tau. tidor je tak penah malas :P

apapon, moga-moga aku mampu habeskan challenge ini dengan jayanya. remind aku eh? :P

ok babai! day 1 aku akan bermula hari nie. jap ag aku buat k. :P