hit me :)

Followers

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

andainya lelaki tahu :)


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...


just wanna share, taken from facebook :)

Monday, April 12, 2010

merepek sikit di malam hari

sebenarnyakan aku tersangat bosan sekarang.. kebuhsanan tahap 'moksya'. (moksya = tahap tertinggi), aplikasi sejarah form 5..hahah.actually bukan bosan sahaja tetapi jugak aku sekarang tersangat la sepi.balik rumah pon sepi ka??yela, memang taktau nak buat apa2.aku nak exam, tapi tak study2 lagi. tak sedar diri betoi nak exam lagi 2 minggu lebih kurang.kalo tolak jam aku tido, makan, mandi, sembang2, berfesbuk,berblogging n bermacam2 lagi, aku rasa tak smpai sehari lagi kot masa aku study tapi mengapa masih kemalasan ni haaa?? i dont have the answer lorr.. anybody got the answer? (yang punya diri pon taktau orang lain lagi la..) heh.. okeyh  berbalik pada sepi. aku mengaku, aku memang sunyi sekarang.=( bukan takda teman nak bercakap atau nak bermessage tapi aku tak terasa nak flirt dengan sapa2..(pastu bising sepi, pehal?) hahah..

by the way, korang percaya tak pada cinta siber? 

i mean cinta yang berputik melalui dunia IT ni o senang citer jatuh cinta melalui internet... aku tak tau nak cakap percaya o tak.. at one side aku tak percaya.. sebab ape? aku pikir kadang2 kalo kenal melalui internet ni bukanlah diri orang tu yang sebetulnya. susah jugak kalo apa yang kita bayang tak sama dengan dunia reliti kan.. tak akan menjadi hubungan tu n hubungan yang terjalin pon mesti tak ikhlas. at the other side aku percaya, tapi actually bukanlah percaya mana pon.. sebab hubungan melalui alam maya ni iaitu internet akan berhasil jugak if n only if dah memang jodoh dowang..=)
so, senang cerita, apapun mesti ada kaitan dengan jodoh lah.. tak kisah kenal melalui alam maya aka internet ataupon tak, ada jodoh mesti bersama jugak kan??. =))
mesti korang2 pelik sebab apa aku timbulkan topik ni di saat aku tengah kebosanan taktau nak buat apa ni. actually macam ni, ada la seorang hamba ALLAH yang bergelar lelaki ni selalu saja mengganggu aku..eh3..bukan mengganggu la, tapi dia selalu ja nak hubungi aku.. aku kenal dia melalui facebook ja.. tapi time tu entah kenapa, mungkin aku sangat bosan aku TERbagi number phone aku dekat dia. aku ingat ala, message je la sehari ja. then, start pada hari tu, dia selalu mesej aku. then semakin berani called aku. muka dia quite kacak tapi excuse me, i'm not the type of person yang hanya memandang pada rupa.. aku tak macam tu. diulang sekali lagi, aku tak memandang pada rupa seseorang. i mean rupa bukanlah syarat yang pertama untuk berkawan dengan aku. tapi aku taktau kenapa aku tersangat rasa tak selesa bila dapat mesej dari dia o called dari dia. aku selalu reject ja, tapi kalau selalu mungkin dia terasa. so, aku pon cakaplah baik2 dengan 'S', bukan nama sebenar,

"eh, saya tak nak lukakan hati awak. sebenarnya, saya ni jenis kalau rasa nak mesej saya akan mesej, saya tak suka kalau awak keep mesagging me if i did not rep u. so, pliz, kalo awak tak boleh terima perangai saya ni, ta yah contact saya lagi."

kejam???? 

tak bagi aku, at least aku tak pernah bagi harapan kat dia pon kan. n aku dah berterus terang apa yang aku rasa. die rep, "eh, its ok.saya ok lah" dia tak kata la dia tak kisah aku tak rep dia pon tapi kalau aku tak rep mesti dia akan mesej lagi sekali  n wat simbol sedih =( .. apa makna tu?? aku ta paham la.. aku da tak answer called dari dia. actually an, lawak jugak sebenarnya. cerita dia macam ni, dia ni keja kat TM. pastu dia selalu called aku guna line curi. aku sound la dia, tak bagi wat macam tu n cakap jangan ambil kesempatan walaupon awak tu pakar dalam nak curi line ni sebab memang keje kat TM.(baik tak aku? haha) then dia cakap, ala sekali sekala. aku cakap la aku tetap tak suka. then, mulai hari tu dia tak called aku pakai line orang lagi tapi dia called pakai number pejabat.(dia la cakap number pejabat). kesahihannya? wallahualam la kan..=)
walaupon dia dah tak called pakai line curi tapi aku still tak selesa.. emm.. lepas tu aku da jarang rep dia. bukan apa, aku taknak lukakan perasaan orang, bagi harapan yang palsu. tak elok lah macam tu, biar dia terluka sekarang dengan mesej2 aku yang agak kasar daripada nanti kan. heh. n one more adalah sebab aku tak percaya sangat pada perkenalan melalui internet ni..=) korang mesti pelik kenapa aku tak tukar number n lari daripada dia kan. aku sayang sebenarnya number ni. banyak kenangan n sebab utama adalah MURAH..haha.. upax ni..hua3..
opps.. tak sedar rupanya dah melalut panjang..haha.. aku kan tengah bosan, aku on9 facebook jap tadi.. u noe wat, my fren dekat facebook dah mencecah angka 1111.. actually tak banyak mana pon kan, tapi aku sebenarnya tertarik dengan angka tu.. menarik~ =)


hahah.. post ni memang melalut kan tapi tak mengapalah..=) okeh, at least aku dah tak kebosanan sangat bila dapat membuat 'kerepek' disini..(merepek) hahah. nytes peps..! ^_^