hit me :)

Followers

Sunday, October 31, 2010

exam is around the corner

salam semua..
wahhh..dah lama tak menjenguk blog nih.

dah tak cantek.
dah bersawang.
dah terbiar.
dah terabai.
pokok pangkalnya dah tak dipeduli.

kesian dia.heee :D
aku busy sgtkah???hehehe.
not really, tapi lately, kekurangan idea nak menulis berkenaan apa.
itu satu hal, hal yang lain, aku tak sempat nak update sebab hantar lappy masuk workshop.hohoh.
so, seriously tak berpeluang nak update.:)

exam.
exam.
exam.
exam.
exam.

OMG! tinggal lebih kurang seminggu lagi nak final exam untuk sem pertama di tahun kedua nie...dah study banyak ke makcik??? nie dok bersuka ria kat blog lagi nie.. fesbuk tiap ari kau bukak, pegang buku takla tiap hari kan??? =.="
bila laaa nak insaf..(merujuk kpd diri sendiri)

btw, aku nak kena pulun! seyesly..aku nak ipod touch tu!!! hohoh! naaakkkkkk sangat! :)
nasib ada yang offer nak bg tu.hihi :D



oke! nak g study! saya nak yang tu!
semangat semangat semangat!



p/s: doakan aku yer.wish me luck.doa yg sama buat anda jugak.:)


Sunday, October 10, 2010

homesick =(

salam semua. currently i MISS my home really bad.. :'(
MAK.. ABAH.. kak ina nak balik rumah. hukhuk..
dengan keadaan diri yang tak berapa sihat, perasaan nak balik rumah semakin bertambah-tambah.
"luckily" minggu ni aku ada 2 presentation (pgt201e, TITAS), listening test, group discussion test, nak kena hantar kertas kerja projek bumi hijau pgt203, ada lab lagi dan..............................................................(tak terlist) byk sgt kerja nak kena buat.. =.=", so how i wanna go home??? ohhhhh..! :'( 
nak balik. nak balik. nak balik.....

mood: HOMESICK like crazy!

_____________________________________________________________________________


hampir terlupa.. hari nie.. 10.10.2010.
selamat ulang tahun yang ke-52 abah.=)
semoga panjang umur. dimurahkan rezeki..
sayang abah sangat2.. =)


sama kan muka??? hehehe

ohhhh.. bufday si comel, aisyah kadeja jugak (my cousin)..
genap 2 tahun hari nie.. muka memang macam abah dah. hehehe..


comel kan?? hehehe =)


oke! saya rindu aisyah jugak! so, memang terasa nak balik rumah! =.="

oke! thats all. nak sambung buat kerja.. =)

Friday, October 8, 2010

30 perkara perempuan tak sempat bagi tau lelaki :)

salam. aku ada terbaca sesuatu kat fesbuk. tapi dah tak ingat dekat fesbuk sapa. aku rasa menarik je untuk diletakkan  kat blog aku nih. nak berkongsi dengan anda semua yang tak pernah baca lagi sesuatu yang aku maksudkan tu. hehehe. selamat membaca! [giler poyo kan, ahh lantak kau :P]

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



menarik kan??? [tolong laaa cakap yaaaa :P]
oke! tu je nak berkongsi dengan anda buat masa sekarang. kalau suka, boleh like di bawah post nih..
[sempat lagi tuh, hahaha]

salam semua. :)