hit me :)

Followers

Sunday, July 17, 2011

ciri-ciri orang yang mencintai kamu :")

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu :


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya.


7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


13. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?


14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


20. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


21. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.


22. paling penting, orang yang mencintaimu akan menerima diri kamu apa adanya. :")

Saturday, July 16, 2011

real relationship ♥

"A real relationship, Has fights. Has trust. Has faith. Has tears. Has hurt. Has sweet smiles. Has genuine laughter. Has snorts because of the laughter. Has weird, stupid, unnecessary arguments. Has patience. Has communication. Has secrets. Has jealousy. :") 


"How far you go..hope you don't forget about me in ur mind and ur heart..because my love always with you and it's can't describe with a word. :")


"bila salam ingatan dikirim dari jauh. tiada kata yang dapat didengar. tiada senyuman yang dapat dilihat. tapi tiada yang dirisaukan. sebab anda akan merasainya dari hati yang memahami. :")


"Ertinya bukan tiada..tiada yang mampu mengertikan makna sebuah cinta..walau sejauh mana kita menghindar..hadirnya takkan mampu dibiar berlalu..setianya cinta takut meluah..bila meluah takut tak diterima..kasih dan jiwa..terpatri dalam hati..ayat-ayat cinta tak mampu meyakini..kerana ku tahu..kau takut menerima..cintailah yang mencintai. :")

A to Z tentang cinta

A-Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati...

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi.


E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.

F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya.

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.

H-Honest
Jujur dalam percintaan.

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.

L-Loyalty
Setia pada yang satu.

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.

R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.

S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia mengahadapi sebarang situasi yang tidak di jangka.

V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.

W-Wish
Cara terbaik mengatasi si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang di inginkan dari kamu.

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.

Y-You
Yang kamu lakukan.

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.